PERSEDIAAN MENGHADAPI FENOMENA AIR LAUT PASANG BESAR
Untuk makluman Daerah Klang dijangka akan berhadapan dengan Fenomena Air Pasang Besar pada 29 September hingga 2 Oktober 2023 yang mungkin membawa risiko banjir.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa PEKA dan CAKNA dengan keadaan semasa alam sekeliling.
Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang
27 September 2023
Diterbitkan pada 29 September, 2023 Diterbitkan Oleh 1