Perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang di Media Selangor Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

image

Perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang di Media Selangor

 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyempurnakan istiadat perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang pagi ini

Berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang, majlis disiar secara eksklusif di Facebook, Twitter, Tiktok dan YouTube Media Selangor selain saluran MYTV Mana-mana mulai 8.30 pagi.

Acara bersejarah itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Pada Julai tahun lalu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan Majlis Perbandaran Klang dinaik taraf kepada bandar raya sekali gus menjadi pihak berkuasa tempatan ke-20 memperoleh status berkenaan.

Berikutan itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyalur peruntukan RM34.6 juta untuk menambah baik kemudahan awam di Klang antaranya pasar, tandas awam dan laluan pejalan kaki.

Diterbitkan pada 13 February, 2024 Diterbitkan Oleh Siti Zurina Jusoh