9 KELUARGA TERLIBAT INSIDEN KEBAKARAN DI BUKIT NAGA
16 Ogos 2024 | Kg. Bukit Naga
YBrs. Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah Klang bersama Encik Mohd Elmi Syafiq, Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) turun padang menyantuni 9 buah keluarga mangsa kebakaran di Dewan Tulip MBSA Kampung Bukit Naga petang tadi. Turut hadir di lokasi, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Tuan Mohd Joharye bin Shafie.
Sebelum daripada itu, Pegawai Daerah Klang turut meninjau ke lokasi kebakaran yang menyaksikan kemusnahan teruk perumahan yang terlibat.
Foto : Sheikh Mohd Hafez