KEBERANGKATAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE PULAU KETAM SEMPENA PROGRAM GAGASAN RUMPUN SELANGOR.
Pulau Ketam, 29 Ogos 2024 - CP Dato' Hussein bin Omar Khan, Ketua Polis Selangor hadir memenuhi undangan ke Program Gagasan Rumpun Selangor sempena keberangkatan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor ke Pulau Ketam Klang, pagi tadi.
Keberangkatan tiba DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor di Jeti Yatch Club Pelabuhan Klang telah disambut oleh CP Dato’ Hussein bin Omar Khan, Ketua Polis Selangor serta turut diiringi deligasi pegawai tertinggi kerajaan negeri dan persekutuan sebelum berlepas ke Pulau Ketam.
DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor, berkenaan melawat sekitar kawasan Pulau Ketam dan Premis kemudahan Perkhidmatan Awam yang tersedia di Pulau Ketam, Klinik Kesihatan, Persatuan Bomba Sukarela Pulau Ketam, Balai Islam, Balai Polis Pulau Ketam, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam, Sekolah Jenis Kebansaan Cina Hwa Lien Pulau Ketam, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Keng Chee, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Bin.
Dalam program yang sama DYTM Raja Muda Selangor turut berkenan menandatangani plak sebagai simbolik lawatan dan seterusnya santapan sarapan pagi bersama kakitangan dan pelajar-pelajar sekolah, serta beramah mesra bersama Komuniti Pulau Ketam.
Hadir sama, Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datin Paduka TPR Noraini binti Roslan, Datuk Bandar Majlis Bandaraya DiRaja Klang, Datuk Hj. Rizam bin Hj. Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri, Tuan Lau Weng San, Speaker Dewan Negeri Selangor, Puan Jamaliah binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor, PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Tuan Azhar bin Ahmad, Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Ts. Saipolyazan bin M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif, MBI Selangor, Tuan Syaiful Azmen bin Nordin, Pengarah Urusan LLSB, ACP Wan Zaki bin Wan Arshad, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Selangor, Supt. Kamalariffin bin Aman Shah, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Ahli Majlis Tertinggi Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Majlis Perbandaran, Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, Pasukan-pasukan Keselamatan Persekutuan, dan Wakil-wakil Agensi Pertubuhan NGO tempatan.