18 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat hingga 10 pagi.
Ramalan hujan lebat disertai ribut petir juga diramal berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Johor.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Beberapa lokasi sekitar ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ketika tinjauan pada 15 Oktober 2024. Foto X BERNAMA
sumber : Selangorkini