Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Sanggup jadi 'Spiderman' elak ditahan

 

 

    

Sanggup jadi 'Spiderman' elak ditahan

 image

KLANG, 11 October 2013 - Bagaikan Spiderman, seorang lelaki warga Bangladesh sanggup memanjat siling rumah sewanya di Pelabuhan Klang, di sini, kelmarin bagi mengelak ditahan anggota Jabatan Imigresen Selangor.

 

Dalam operasi jam 1.30 pagi itu, lelaki berusia 30an itu kemudiannya ditahan dan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

 

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, pihaknya membuat dua operasi berasingan di sekitar Klang dan Petaling Jaya berdasarkan maklumat orang awam serta risikan pihaknya selama sebulan.

 

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, 39 daripada 58 warga asing berusia 20 hingga 60 tahun  yang diperiksa ditahan kerana  tidak mempunyai dokumen dan tinggal lebih masa.

 

"Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). Kesemua yang ditahan dibawa ke depoh tahanan Imigresen KLIA untuk tindakan lanjut," katanya.

 

 
    

 

 


Kemaskini pada 2016-05-20 14:44:56 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page