Page 127 - E-BOOK - LAPORAN TAHUNAN PDTKL 2014
P. 127

Laporan Tahunan 2014

SEKSYEN PUSAKA KECIL                                                                                                       113

LATAR BELAKANG                                                                                                             ï‚„ UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA

Seksyen Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah diwujudkan pada 1 Mac 1974.
Pewujudan seksyen adalah bagi melaksanakan kehendak Jadual Kesembilan, Senarai 1, Perkara 4(e)(i), Perlembagaan
Persekutuan yang meletakkan urusan harta pusaka kecil di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Fungsi utama seksyen
adalah untuk menguruskan semua permohonan pembahagian pusaka kecil yang bernilai kurang daripada dua (2) juta ringgit
yang mengandungi harta tak alih keseluruhan atau sebahagiannya.
Seksyen ini juga telah melakukan beberapa kali pengukuhan perjawatan seiring dengan peningkatan bidang kuasa pengurusan
harta pusaka. Bermula dengan 11 unit pada tahun 1974 , sehingga kini terdapat 36 unit di seluruh Semenanjung.

OBJEKTIF

Menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka kecil dengan cekap dan adil mengikut kehendak Akta Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955.

STRATEGI

Meningkatkan keupayaan untuk menyelesaikan permohonan di samping memberikan kesedaran kepada waris supaya segera
membuat permohonan pembahagian pusaka sebaik berlaku kematian.

DASAR KUALITI

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan pengurusan pembahagian pusaka yang berprestasi tinggi, mesra pelanggan
dan sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan demi keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.

APAKAH HARTA PUSAKA KECIL

Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri - ciri berikut :-
a) Simati tidak meninggalkan wasiat ( bagi simati bukan Islam )
b) Harta itu terdiri daripada :

        i) Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau ;
        ii) Harta Tak Alih (Tanah/Rumah ) bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan,

            carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan sebagainya
c) Jumlah nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta ( mulai 1 September 2009) pada tarikh

         permohonan dibuat

SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON

a) Waris - waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam
         ( Baitulmal ) dan sebagainya;

b) Pemiutang dan Pengkaveat;
c) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
d) Pemegang Gadaian atau Pemegang Pajakan tanah simati;
e) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
f) Amanah Raya Berhad .
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132