Berita : Lelaki maut kereta terjunam dalam parit Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Wartawan Sinar Harian II  06 Februari 2025

 
       

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit di Jalan masjid Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dijumpai pada jarak 100 meter di timbunan rumput oleh anggota bomba dari lokasi kereta mangsa dilaporkan terjunam.

Menurutnya, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah membuat penyelaman pada jam 2.58 petang Rabu dengan jarak 50 meter.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Ahmad Mukhlis memberitahu, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu selepas kereta jenis Hyundai Accent dipandu mangsa terjunam pada jam 5.56 pagi.

Jelas beliau, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat kejadian.

"Kereta terbabit berjaya dibawa naik pada jam 8.55 pagi dan didapati mangsa tiada di dalam kenderaan.

"Mangsa ditemui berhampiran kenderaan pada sebelah petang," kata beliau.

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit di Jalan masjid Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang di sini pada Rabu.

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit di Jalan masjid Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang di sini pada Rabu.

 

Diterbitkan pada 6 February, 2025 Diterbitkan Oleh 1