Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Hanya pengunjung lengkap vaksin dibenarkan masuk: GM Klang

Wartawan Sinar Online II  15 SEPTEMBER  2021

 
       

SHAH ALAM - Pusat Borong GM Klang hanya membenarkan pengunjung yang sudah lengkap divaksin serta tidak bergejala untuk masuk ke dalam kompleksnya bermula Khamis, 16 September 2021.


Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, pengunjung perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi mereka atau kad fizikal vaksinasi di pintu masuk untuk pemeriksaan selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lain seperti memakai pelitup muka, sanitasi tangan dan penjarakan fizikal.

 

Menurutnya, pelaksanaan itu adalah wajar dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di dalam kompleks tersebut yang merupakan tempat tertutup.


“Tindakan ini juga memberikan keyakinan kepada orang awam yang berkunjung ke GM Klang dalam keadaan selesa dan selamat ketika melakukan aktiviti perniagaan dan membeli-belah.

 

“Kami menjangkakan pengunjung bertambah apabila peratusan komuniti yang lengkap vaksinasi sudah meningkat kerana mereka perlu keluar untuk mendapatkan barangan keperluan dan menenangkan fikiran yang mungkin telah penat setelah beberapa bulan menghabiskan masa hanya di rumah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Norsuhaida berkata, GM Klang turut meningkatkan keselamatan kompleks dengan kerja-kerja sanitasi yang lebih kerap terutama di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan.

 

“Sejajar dengan peralihan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Selangor pada 10 September lalu, banyak kedai yang dibuka di GM Klang apabila pelbagai kategori perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi kembali, mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

“Ini membolehkan GM Klang dapat beroperasi sepenuhnya,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/161408/EDISI/Hanya-pengunjung-lengkap-vaksin-dibenarkan-masuk-GM-Klang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2021-09-15 11:12:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page