Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

05 Jan 2015 : KKSB mahu pelatih dampingi masjid

  • Mohd Azli mengetuai bacaan doa selepas menjadi imam solat hajat pada Program Menyantuni Remaja Menginsafi Derita di Masjid Jamek Sultan Hishamudin.Mohd Azli mengetuai bacaan doa selepas menjadi imam solat hajat pada Program Menyantuni Remaja Menginsafi Derita di Masjid Jamek Sultan Hishamudin.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) berharap lebih ramai pelatih pusat kemahiran itu mendampingi institusi masjid bagi menghindari masalah sosial terutama pada malam sambutan tahun baharu.

Pengarahnya, Mohd Azli Adnan berkata, pihaknya amat berharap penganjuran Program Menyantuni Remaja Menginsafi Derita di Masjid Jamek Sultan Hishamudin dimanfaatkan sepenuhnya pelatih untuk memperkukuh penghayatan Islam.

Menurutnya, seramai 380 penuntut yang menyertai program itu bagi memastikan pelatih dilengkapi sahsiah terpuji selain dibekalkan ilmu kemahiran yang tinggi.

“Program ini sebagai satu alternatif mengumpulkan remaja menjelang tahun baharu dengan mendidik jiwa mereka melalui aktiviti  yang dilaksanakan termasuklah solat hajat, tazkirah, makan bersila dan pelancaran tabung banjir kolej ini,” katanya.

Mohd Azli berkata, program itu menjurus mengelakkan golongan remaja melakukan aktiviti tidak berfaedah pada kebiasaan menjelang tahun baharu termasuklah berpeleseran, merempit dan aktiviti lain.

Selain itu, katanya, pelancaran tabung banjir KKSB itu dikendalikan Briged Kesukarelaan Kolej Komuniti Selangor (BRISK) dengan kerjasama Parlimen Sabak Bernam yang tamat kutipannya pada 2 Januari lalu.

Pelatih Sijil Pemasangan Elektrik KKSB, Amirul Syazwan Rosli, 20, berkata, dia semakin menginsafi peranan kepada masyarakat, agama dan negara selain muhasabah diri untuk membaiki kelemahan dan memperkukuhkan kelebihan,” katanya.


Kemaskini pada 2015-01-05 14:32:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page