Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955



Akta Harta Pusaka Kecil (pembahagian)1955 (dulunya Ordinan Pembahagian Pusaka Kecil 1955) merupakan undang-undang utama yang dipakai dalam pengurusan pusaka kecil. Sejak diterima pakai sehinggalah sekarang, beberapa semakan dan pindaan telah dibuat.

 

Secara keseluruhannya akta ini menerangkan takrif pusaka kecil disamping menjelaskan bidang kuasa, proses kerja yang bermula dari permohonan pusaka, perbicaraan, pengeluaran perintah hinggalah proses rayuan ke mahkamah tinggi. Di samping akta, terdapat peraturan pembahagian pusaka yang menggariskan tatacara pelaksanaan dan pemakaian borang-borang dalam urusan penyelesaian pusaka kecil.

 

Dalam menentukan pembahagian, Hukum Faraid dipakai bagi harta pusaka orang-orang Islam, manakala Akta Pembahagian 1958 dipakai bagi kematian bukan Islam. Asas hukum Faraid adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadith, di antaranya ayat 11,12 dan 176 dari Surah An Nisa.

 

sumber : Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan


Kemaskini pada 2014-01-05 22:20:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page