Sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Artikel 95D, Perlembagaan Persekutuan, Akta ini tidak terpakai di Negeri Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan Undang-undang Sabah berkaitan pemuliharaan tanah adalah terpakai kepada Wilayah Persekutuan Labuan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6 (1) AktaPerlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1984.
Memandangkan Akta ini adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang terletak dalam bidang kuasa perundangan Negeri, selaras dengan Artikel 76 (3) Perlembagaan Persekutuan, ia hanyalah berkuatkuasa di mana-mana Negeri sekiranya ia diterima pakai di dalam Undang-undang Negeri tersebut.
Sehubungan itu, Akta ini telah diterima pakai oleh Negeri-negeri berikut melalui:- Enakmen Johor No. 15 (1960)
Tujuan Untuk mengukuhkan Undang-undang berkaitan dengan pemuliharaan bukit dan perlindungan daripada hakisan tanah dan larian kelodak.
Peruntukan berhubung dengan pengisytiharan kawasan sebagai tanah bukit oleh Pihak Berkuasa Negeri dan peruntukan yang melarang penggunaan tanah bukit untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan pertanian dan perlombongan terhad.
Mana-mana orang yang tanpa alasan munasabah gagal untuk mematuhi apa-apa perintah di bawah, atau apa-apa peruntukan Akta ini, memerlukan beliau berbuat atau melarang beliau dari berbuat suatu perbuatan atau perkara hendaklah dikenakan denda tidak melebihi Lima Ribu Ringgit dan keingkaran membuat pembayaran denda tersebut boleh dikenakan hukuman penjara bagi suatu tempoh di mana boleh, tertakluk kepada Seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah, dan sebagaimana keadaan-keadaan itu mengkehendaki, hukuman penjara tersebut boleh dilanjutkan sehingga enam (6) bulan.
sumber : Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan |
Kemaskini pada 2014-01-05 22:23:03 daripada Administrator