Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

 

 

 

Visi
 
Pengurusan Cemerlang, Organisasi Gemilang
 
Misi
 

Memberikan Perkhidmatan Yang Mesra, Efisyen, Berkualiti Serta Mewujudkan Suasana Tempat Kerja Yang Ceria, Bersih dan Teratur.

 
Objektif
  • Menyediakan satu pentadbiran yang cekap yang merangkumi urusan kewangan, perkhidmatan kakitangan, pelesenan, sambutan / majlis rasmi peringkat daerah dan negeri, pengurusan bangunan dan harta kerajaan dan keselamatan.
  • Mempertingkatkan displin kakitangan dari masa ke semasa.
  • Memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada masyarakat dan orang ramai yang berurusan melalui piagam pelanggan, aku janji produktiviti dan pekeliling yang berkaitan.
  • Mewujudkan suasana keselesaan, keceriaan dan keindahan dalam bangunan dan persekitaran.
  • Menyediakan peluang latihan kepada semua kakitangan.
 

Fungsi
 

  • Merancang serta melaksanakan tugas pentadbiran pejabat, pembelian dan penyelenggaraan harta benda kerajaan dan mengemaskini rekod perkhidmatan kakitangan dari masa ke semasa.
  • Merancang serta menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan mengawal peruntukan perbelanjaan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
  • Mengawal pengeluaran lesen-lesen, membaharui dan menguatkuasakan lesen-lesen tersebut.
  • Menjaga dan memastikan bangunan pejabat agar sentiasa dalam keadaan selamat, bersih dan tidak dicerobohi.
  • Merancang serta melaksanakan program-program, sambutan / majlis rasmi, lawatan serta kempen yang dianjurkan oleh kerajaan di peringkat daerah dan negeri.
  • Bertanggungjawab sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan Daerah dan jawatankuasa – jawatankuasa yang lainnya.
 
Piagam Pelanggan
 

BIL.

URUSAN

TEMPOH PELAKSANAAN

1. Menyediakan baucer bayaran. Dikemukakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
2. Permohonan penilaian harta dalam urusan pindahmilik. Dikemukakan ke Jabatan Penilaian dalam tempoh 3 hari daripada tarikh permohonan diterima. Pelanggan dimaklumkan keputusan penilaian dalam masa 6 hari bekerja daripada tarikh keputusan diterima daripada Jabatan Penilaian.
3. Menandatangani Suratcara, Akuan Berkanun dan Surat Perjanjian. Suratcara / Akuan Sumpah / Surat Perjanjian ditandatangani serta merta jika dokumen yang dikemukakan lengkap.
4. Pemeterian Setem. Tindakan serta merta jika dokumen lengkap dan nilai setem mencukupi seperti dikehendaki dalam undang-undang.
5. Urusan menyewa bas, Rumah Rehat dan Rumah Rehat VIP. Keputusan secara lisan dimaklumkan serta merta. Pemberitahuan secara bersurat dalam tempoh 2 hari bekerja.
6. Pemohonan pelbagai lesen. Keputusan dimaklumkan dalam masa 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
7. Pengesahan dalam Jawatan dan kemasukan ke dalam jawatan berpencen. Perakuan dihantar ke Suruhanjaya 3 bulan sebelum tamatnya tempoh percubaan / kemasukan ke dalam jawatan berpencen jika telah memenuhi syarat- syarat perkhidmatan.
8. Bayaran pelbagai tuntutan elaun. Baucer bayaran disiapkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen/borang yang telah lengkap dikemaskini.
9. Bayaran Emolumen. Baucer disiapkan dan key in dalam sistem sebelum 10 haribulan yang berikutnya.
10. Persaraan wajib. Maklumat asas kakitangan yang akan bersara dihantar ke JPA Bahagian Pencen satu tahun sebelum tarikh persaraan. Dokumen lengkap dihantar 6 bulan sebelum tarikh persaraan.


Unit - Unit
  • Unit Majlis dan Keraian
  • Unit Pentadbiran dan Kewangan
  • Unit Keselamatan
  • Unit Teknologi Maklumat

 

 

 


Kemaskini pada 2016-06-06 10:20:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini178
Jumlah PelawatJumlah Pelawat600584
Visitor count : 600584 Tarikh Kemaskini: 19 03 24