Bayaran Cukai Tanah perlu dijelaskan sebelum 1 Jun pada setiap tahun. Jika tidak dijelaskan pada tarikh tersebut, notis tuntutan akhir (Notis 6A) boleh dikeluarkan. Sekiranya tidak dijelaskan juga dalam tempoh 3 bulan dari tarikh notis 6A, maka tindakan MERAMPAS tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 boleh dikenakan.
Bayaran Cukai Tanah boleh dibuat di mana-mana lokasi berikut :-
1. Semua kaunter Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor
Bayaran Cukai Tanah boleh dibuat di mana-mana lokasi berikut :-
1. Semua kaunter Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor
2. Semua kaunter Pejabat Daerah Negeri Selangor
3. Kaunter Pejabat Pos di seluruh Malaysia dengan bayaran secara tunai sahaja
4. Secara Online melalui laman web bank berikut : (Muat turun : Manual Pengguna Pembayaran Cukai Tanah Secara Online)
Senarai pautan laman bank dan agensi untuk pembayaran Cukai Tanah Selangor :
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KAEDAH-KAEDAH PEMBAYARAN YANG DISEDIAKAN: 1. Untuk bayaran menggunakan PERBANKAN ONLINE sila pilih pada senarai penerima bayaran, Bayar Kepada/Payment To : Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor atau Pejabat Tanah & Galian Selangor 2. Untuk bayaran menggunakan CEK/KIRIMAN WANG POS/BANK DRAF: 1. Atas nama : Bendahari Negeri Selangor 2. Dipalang 'Akaun Penerima Sahaja' 3. Catatkan Nama, No Kad Pengenalan, Alamat pembayar serta maklumat pengenalan hakmilik/geran di muka belakang cek/kiriman wang/wang pos/bank draf. 3. Untuk bayaran menggunakan KAD KREDIT: 1. Hanya diterima di mana-mana Kaunter Unit Hasil Pejabat Daerah serta Pejabat Tanah & Galian Selangor sahaja. 4. Untuk bayaran secara TUNAI : 1. Boleh dibuat dikaunter-kaunter SEMUA PEJABAT DAERAH/MAJLIS BANDARAYA, MAJLIS PERBANDARAN & MAJLIS DAERAH seluruh Negeri Selangor 2. PEJABAT POS seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nota : Bagi kes pembayaran cukai tanah melalui Cek dan e-Payment, semua urusniaga tanah dikaunter TIDAK DAPAT DIPROSES sehingga bayaran tersebut telah DIAKUI SAH OLEH PIHAK BANK. FI TUNGGAKAN Kadar fi tunggakan yang akan dikenakan jika pembayaran dibuat selepas 31 Mei pada setiap tahun :
|
Kemaskini pada 2021-07-15 22:39:54 daripada Administrator