Unit Perundangan
Visi |
Membantu Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam di dalam mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dasar, peraturan, pekeliling dan perlembagaan. |
|
Misi |
Memastikan dan memantau serta menjadi perantara Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dengan mana - mana pihak atas perkara yang berkaitan perundangan agar segala dasar dan peraturan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dilaksanakan dengan penuh komitmen dan dedikasi.
|
|
Objektif
1.Untuk menjaga dan melindungi kepentingan PDSB dari aspek perundangan.
2.Menyediakan ulasan dan nasihat berkaitan dengan hal ehwal undang-undang selaras dengan sistem perundangan dalam Negara, dasar polisi kerajaan dan kepentingan umum.
3.Menyemak klausa-klausa perjanjian bagi memastikan kepentingan PDSB sentiasa terpelihara
4.Memantau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
5.Menyemak prosedur-prosedur kerja supaya prosedur kerja yang digunapakai adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukannya berdasarkan tradisi/amalan biasa.
6.Memantau perjalanan kes-kes saman berkaitan dengan PDTSB di Mahkamah.
7.Mewujudkan kesedaran dikalangan kakitangan dan pelanggan PDTSB akan kepentingan mematuhi peruntukan undang-undang dan kesan sekiranya melanggar peruntukan tersebut.
8.Menyelaras hal-hal perundangan di daerah dengan pihak Kamar Penasihat Undang-undang Negeri dan Bahagian Perundangan PTGS.
|
|
|
Fungsi
1.Membuat siasatan awal ke atas aduan pencerobohan tanah kerajaan dan pelanggaran undang-undang tanah.
2.Khidmat nasihat semua hal berkaitan tanah.
3.Pindaan undang-undang yang berkaitan.
4.Pewartaan.
5.Semakan/pindaan tatacara prosedur tanah.
|
|
|
Piagam Pelanggan
BIL. |
URUSAN |
TEMPOH PELAKSANAAN
|
1. |
Memberi khidmat nasihat perundangan.
|
Serta - merta / 3 hari waktu bekerja
|
2.
|
Menyediakan dokumentasi perundangan.
|
4 hari waktu bekerja
|
3.
|
Pengurusan ke (ke mahkamah).
|
7 - 14 hari waktu bekerja
|
4.
|
Semakan perjanjian.
|
3 hari waktu bekerja
|
5.
|
Semakan /permohonan warta (tanah)
|
Serta - merta / 3 hari waktu bekerja
|
6.
|
Permohonan warta perjawatan (Jawatan Khas)
|
3 hari waktu bekerja (daripada minit/memo BKP)
|
7.
|
Semakan Notis/IP
|
3 hari waktu bekerja
|
|
Kemaskini pada 2016-05-25 13:56:34 daripada Administrator