Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Unit Perundangan

Unit Perundangan

 

 

 

Visi
Membantu Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam di dalam mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dasar, peraturan, pekeliling dan perlembagaan.
 
Misi

Memastikan dan memantau serta menjadi perantara Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dengan mana - mana pihak atas perkara yang berkaitan perundangan agar segala dasar dan peraturan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dilaksanakan dengan penuh komitmen dan dedikasi.

 

Objektif

1.Untuk menjaga dan melindungi kepentingan PDSB dari aspek perundangan.

2.Menyediakan ulasan dan nasihat berkaitan dengan hal ehwal undang-undang selaras dengan  sistem perundangan dalam Negara, dasar polisi kerajaan dan kepentingan umum.

3.Menyemak klausa-klausa perjanjian bagi memastikan kepentingan PDSB sentiasa terpelihara

4.Memantau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

5.Menyemak prosedur-prosedur kerja supaya prosedur kerja yang digunapakai adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukannya berdasarkan tradisi/amalan biasa.

6.Memantau perjalanan kes-kes saman berkaitan dengan PDTSB di Mahkamah.

7.Mewujudkan kesedaran dikalangan kakitangan dan pelanggan PDTSB akan kepentingan mematuhi peruntukan undang-undang dan kesan sekiranya melanggar peruntukan tersebut.

8.Menyelaras hal-hal perundangan di daerah dengan pihak Kamar Penasihat Undang-undang Negeri dan Bahagian Perundangan PTGS.

 
 

Fungsi

1.Membuat siasatan awal ke atas aduan pencerobohan tanah kerajaan dan pelanggaran undang-undang tanah.

2.Khidmat nasihat semua hal berkaitan tanah.

3.Pindaan undang-undang yang berkaitan.

4.Pewartaan.
 
5.Semakan/pindaan tatacara prosedur tanah.

 

 

Piagam Pelanggan
 

BIL. URUSAN
TEMPOH PELAKSANAAN
 
1.

Memberi khidmat nasihat perundangan.

Serta - merta / 3 hari waktu bekerja

2.

Menyediakan dokumentasi perundangan.

4 hari waktu bekerja

3.

Pengurusan ke (ke mahkamah).

7 - 14 hari waktu bekerja

4.

Semakan perjanjian.

3 hari waktu bekerja

5.

Semakan /permohonan warta (tanah)

Serta - merta / 3 hari waktu bekerja

6.

Permohonan warta perjawatan (Jawatan Khas)

3 hari waktu bekerja (daripada minit/memo BKP)

7. 

Semakan Notis/IP

3 hari waktu bekerja

 

 

 

 


Kemaskini pada 2016-05-25 13:56:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini218
Jumlah PelawatJumlah Pelawat600613
Visitor count : 600613 Tarikh Kemaskini: 19 03 24