Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

Berita 15 Jan 2013 : Kerajaan Negeri lancar bulan Integriti

MB Loji Semenyih 02

SHAH ALAM 15 JAN : Proses urus tadbir yang baik atau good governance yang diamalkan Kerajaan Negeri Selangor mampu menjadikan negeri ini bertambah maju sekiranya pentadbiran awam mengamalkan prinsip integriti, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bulan Integriti Peringkat Negeri dan Pelancaran Pelan Strategik pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Dalam perkara itu, Abdul Khalid menggariskan perkara utama yang menjadi fokus integriti antaranya adalah mengurangkan gejala rasuah yang terbukti sebagai bentuk kegagalan dalam sektor perkhidmatan awam mahupun swasta.

 

Jelasnya, gejala rasuah itu dapat menindas golongan kurang bernasib baik seterusnya mengakibatkan wujudnya karenah birokrasi dalam pentadbiran.

Prinsip ini perlu diamalkan oleh lebih 7,000 penjawat awam di negeri ini. Ia kerana segala kepincangan prosedur seperti kelewatan pemprosesan sesuatu permohonan yang diakibatkan oleh karenah birokrasi mampu menggalakkan amalan rasuah,â€Ã‚ katanya.

Sehubungan itu, katanya, satu tindakan disiplin yang tegas akan diambil terhadap pegawai-pegawai yang didapati tidak berintegriti serta terlibat dalam rasuah mahupun salah guna kuasa.

 

Beliau berkata bagi kes yang serius, tindakan menahan gaji, turun pangkat atau tindakan lain wajar dikenakan.

Hal ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam usaha menangani perlakuan tidak berintegriti dalam kalangan anggota perkhidmatan awam. Tindakan itu diambil kerana adalah tidak memadai jika mengenakan amaran pentadbiran sahaja.

Dalam pada itu, sistem reward atau pemberian anugerah perlu dilaksanakan, katanya.

 

Selain itu, enam teras utama turut digariskan dalam Pelan Strategik pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dalam memenuhi hala tuju pembangunan Selangor 2025 bagi tahun 2013 hingga 2017.

Antaranya pengukuhan koordinasi dan kerjasama antara sektor awam dan swasta ; pengurusan kewangan dan projek yang cekap dan efektif ; pembangunan modal insan bertaraf antarabangsa ; memperkasa dan memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan ICT ; perkhidmatan perbandaran dan infrastuktur yang sistematik dan pemantapan pengurusan risiko


Kemaskini pada 2014-06-27 10:26:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page