TUAN ALI SADIKIN BIN SADIN
(PEGAWAI DAERAH SABAK BERNAM)
dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi Kerana dengan kehendakNya jua maka Portal Pejabat Daerah Sabak Bernam telah siap sepenuhnya. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MAMPU dan Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK Negeri Selangor yang telah memberikan latihan dan bimbingan dalam membangunkan portal rasmi Pejabat ini.
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah diatas pengiktirafan laman web lima bintang bagi tahun 2018. Diharapkan kejayaan yang telah diperoleh ini akan berterusan di masa akan datang sekaligus menaikkan nama Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam

Portal ini ditubuhkan untuk membantu orang ramai terutama penduduk-penduduk daerah Sabak Bernam untuk
mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Daerah Sabak Bernam.Justeru itu melalui paparan maklumat-maklumat tersebut, para pelanggan dan orang ramai akan dapat mengetahui dan mengenali lebih dekat akan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, khususnya mengenai peranan, tanggungjawab danperkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan dan masyarakat keseluruhannya.

Usaha ini juga selaras dengan keperluan dan perkembangan teknologi maklumat masa kini serta usaha-usaha ke arah
mempertingkatkan sistem penyampaian jabatan.
Akhir kalam, saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan
Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam meningkatkan lagi kemudahan yang disediakan.
Selamat melayari portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam. Diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi
pada masa hadapan.Semoga laman web ini akan terus menjadi wadah rasmi Jabatan dalam perkongsian informasi yang
berguna buat kita semua.
Sekian, terima kasih.
Kemaskini pada 2024-12-19 17:04:27 daripada Administrator