Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

07 Feb 2015 : Selalu jumpa ikan lumba-lumba

  • Laporan Sinar Harian 3 Februari lalu.Laporan Sinar Harian 3 Februari lalu.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Kehadiran ikan lumba-lumba seperti yang disebarkan dalam laman sosial Facebook baru-baru ini, bukan satu fenomena luar biasa kerana nelayan di sini sering menemui hidupan marin itu di kawasan 10 batu nautika dari pantai.

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Hai San, Sia Chock Song berkata, haiwan itu sebenarnya mudah didapati di perairan Selat Melaka, malah sering menemui ikan itu dalam sekelompok kumpulan yang besar dan boleh merosakkan pukat nelayan.

“Memang ikan ini ada di perairan ini, malah nelayan juga bimbang kalau ikan ini terperangkap ke dalam pukat sebab boleh rosakkan pukat dan akan makan ikan-ikan kecil,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri pernah beberapa kali keluar menjalankan aktiviti perikanan di perairan Sabak Bernam menemui spesies mamalia itu, namun ia tidak pernah mengganggu atau mencederakan nelayan.

“Saya yakin apa yang diperkatakan penduduk itu betul berdasarkan daripada pengalaman saya sebagai nelayan yang melihat sendiri ikan lumba-lumba yang turut berada dekat dengan bot nelayan,” katanya.

Namun pandangan berbeza dilontarkan Setiausaha Eksekutif Persatuan Kebajikan Nelayan dan Peniaga-Peniaga Ikan Sekinchan, Lau Ka Yeau yang mengatakan pihaknya menafikan kewujudan ikan lumba-lumba di perairan Sabak Bernam.

Katanya, tiada seorang nelayan di Sekinchan mengadu tentang penemuan ikan itu dan berharap agar mana-mana pihak yang pernah terserempak dengan ikan itu supaya melaporkannya kepada pihak berkaitan.

“Memang tak ada ikan lumba-lumba di perairan ini. Saya pun hairan sebab isu ini hangat diperkatakan orang ramai di Facebook,” katanya.

Edisi Sinar Harian 3 Februari lalu bertajuk 'Fenomena luar biasa' melaporkan, Jabatan Perikanan Selangor menjelaskan penemuan ikan lumba-lumba yang didakwa penduduk dan nelayan di Perairan Sabak Bernam seperti yang disebarkan dalam Facebook adalah satu fenomena luar biasa yang jarang berlaku di negara ini.

Pengarahnya, Azli Shah Abdul Aziz berkata, hasil siasatan pihaknya dengan Pejabat Perikanan Daerah Sabak Bernam mendapati fenomena luar biasa itu hanya pernah dilaporkan berlaku di perairan itu hanya penghujung tahun 90-an.

Menurutnya, jika benar dakwaan itu, sudah tentu nelayan atau penduduk di kawasan terbabit membuat laporan kepada Jabatan Perikanan bagi memaklumkan kewujudan mamalia laut itu yang habitatnya tinggal di negara beriklim sejuk.


Kemaskini pada 2015-02-16 16:59:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page