Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

09 Feb 2015 : Jana pendapatan jual minyak masak terpakai

  • Mohd Fasiah menerima bayaran penjualan minyak terpakai daripada Mohan pada majlis di sekolah berkenaan.Mohd Fasiah menerima bayaran penjualan minyak terpakai daripada Mohan pada majlis di sekolah berkenaan.
< 1 / 1 >

SABAK BERNAM – Penduduk dan peniaga kedai makan boleh menambah pendapatan sampingan dengan menjual minyak masak terpakai kepada Politeknik Sutan Idris Shah (PSIS) untuk diserahkan kepada swasta untuk dijadikan biodiesel.

Ketua Program Kejuruteraan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS, Mohan Kumar berkata, PSIS akan membeli minyak masak terpakai itu daripada penjual pada harga 50 sen sekilogram.

Menurutnya, selain membelinya daripada penduduk dan peniaga kedai makan, pihaknya juga mensasarkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ingin menambah dana tabung persatuan itu turut sama menjayakan kempen berkenaan.

“Ibu bapa dan murid sekolah hanya perlu menyumbang minyak terpakai kepada sekolah dan wang dikumpulkan daripada penjualan minyak masak terpakai bolehlah digunakan untuk pendidikan murid,” katanya sempena Majlis Kolaboratif Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di Sekolah Kebangsaan (SK) Doktor Abdul Latiff, di sini.

Menerusi kolaboratif itu katanya, SK Doktor Abdul Latiff boleh melaksanakan peranan dengan memberi galakan kepada ibu bapa dan murid sekolah itu mengumpulkan minyak terpakai di rumah atau premis perniagaan.

“Minyak ini kemudiannya dikumpul dan diserahkan kepada sekolah untuk dijual kepada PSIS dan kita akan ambil dan bayar 50 sen sekilogram,” katanya.

Katanya, minyak masak terpakai tidak seharusnya terus dibuang ke dalam longkang atau tempat lain kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam.

 “Kita juga ingin menyedarkan masyarakat mengenai  bahayanya menggunakan minyak masak berulang-ulang kali kerana mengikut kajian minyak yang banyak kali digunakan mengandungi kolesterol tepu yang tinggi dan boleh membahayakan kesihatan,” katanya.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, pengumpulan minyak masak terpakai itu adalah salah satu aktiviti yang dapat mendidik masyarakat terutamanya murid sekolah agar menyayangi alam sekitar, menggalakkan bidang perniagaan dan mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain.

“Hubungan kolaboratif sekolah dan PSIS terutama dalam kempen kitar semula minyak masak terpakai ini diharap dapat berjaya sepenuhnya dan boleh dijadikan contoh kepada sekolah lain,” katanya.


Kemaskini pada 2015-02-16 17:00:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page