Web Mobil [ x ]

qrcode
 

KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PDTSB 

Klik disini

KALENDAR PDTSB

w3c
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata selangor title
header line

16 Feb 2015 : Gaji rendah jadi faktor culas

  • Kakitangan awam berpangkat rendah antara yang kerap tidak bekerja dengan komited kerana hilang semangat akibat menerima gaji sedikit. (Gambar hiasan)Kakitangan awam berpangkat rendah antara yang kerap tidak bekerja dengan komited kerana hilang semangat akibat menerima gaji sedikit. (Gambar hiasan)
< 1 / 1 >

TEKANAN perasaan akibat menerima gaji tidak setimpal menjadi salah satu punca kakitangan awam culas dan penyampaian tidak berkesan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu kerap terjadi di kalangan kakitangan awam berpangkat rendah.

“Kos sara hidup semakin meningkat, tangga kenaikan gaji pula sepatutnya disemak setiap tiga tahun. Tetapi apa yang berlaku kini, semakan kenaikan gaji setiap sepuluh tahun pun tidak dibuat. Jika gaji mereka rendah, mereka akan mengalami tekanan perasan hingga tiada semangat mahu bekerja dengan komited.

“Kadang-kala mereka terpaksa bekerja lebih masa dan dan ada yang bekerja secara sambilan atau membuat kerja lain untuk menambah pendapatan, jadi kualiti di tempat kerja sendiri merosot,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kadar kakitangan awam yang bersikap negatif seperti itu tidak terlalu ramai dan hanya dengan jumlah yang minimum.

“Kira-kira 3,000 sahaja dalam data yang Cuepacs ada atau 0.001 peratus yang menyumbang kepada masalah itu, berbanding jumlah kakitangan awam secara keseluruhan berjumlah 1.25 juta di seluruh Malaysia,” katanya.

Katanya, sebagai kakitangan awam, sukar untuk sesebuah institusi kerajaan itu membuang atau memberhentikan kakitangannya sewenang-wenangnya.

“Jika ada yang culas pun, agak sukar untuk kita kenal pasti dan jika berkaitan dengan kakitangan yang selalu berhubung atau berdepan dengan orang awam, agak terkesanlah kerana sukar untuk berurusan pula nanti.

“Untuk itu, dasar tersebut akan dikaji semula oleh kerajaan dan bagaimana untuk menentukan sesuatu hukuman jika berdepan dengan kakitangan awam bermasalah ini.

“Mungkin jika mereka bersara lebih awal boleh jadi salah satu cara untuk tangani masalah, tetapi memang agak sukar. Namun tidak perlu dirisaukan sangat kerana bilangan yang bermasalah memang sangat kecil,” katanya.


Kemaskini pada 2015-02-16 17:11:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini98
Jumlah PelawatJumlah Pelawat338829
Visitor count : 338829 Tarikh Kemaskini: 22-09-2019