Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

21 Mac 2015 : Kos urus jenazah masih relevan

  • Kos urus jenazah masih relevanBudiman (kanan) menyampaikan peralatan menggali kubur kepada Kelab Penggali Kubur Dun Sungai Panjang.
< 1 / 1 >

SUNGAI BESAR – Kos pengurusan jenazah Islam di Dun Sungai Besar dianggap masih pada kadar munasabah dan tidak membebankan rakyat keseluruhannya.

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, sehingga kini, beliau belum pernah mendengar sebarang rungutan daripada waris yang memaklumkan kos pengurusan jenazah di Dun itu tinggi, sebaliknya kadar yang dikenakan itu seiring dengan peredaran semasa.

Menurutnya, kos pengurusan jenazah mungkin tinggi sedikit disebabkan faktor lain seperti pengebumian jenazah terpaksa dijalankan pada waktu malam yang melibatkan penggunaan set janakuasa dan sebagainya.

“Saya fikir kos pengurusan jenazah di seluruh Dun Sungai Panjang masih pada kadar relevan dan rakyat tidak berdepan kekangan kewangan kerana rata-rata pihak yang menguruskan jenazah mengenakan bayaran upah yang setimpal,” katanya.

Beliau berkata, tugas sebagai penggali kubur dan proses mengendalikan jenazah adalah sesuatu yang sukar dan rakyat seharusnya memahami keperluan semasa agar kerja pengurusan jenazah dijalankan dengan sempurna.

Dalam pada itu katanya, golongan belia Islam digesa mempelajari cara pengurusan jenazah bagi mengelakkan pergantungan kepada generasi lama dalam melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah itu.

Beliau berkata, tugas dan tanggungjawab itu tidak seharusnya diserahkan kepada pihak pengurusan jenazah semata-mata, malah mereka sendiri seharusnya perlu tahu dan faham tentang tanggungjawab masing-masing.

Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga diminta supaya mengadakan lebih banyak kursus pengurusan jenazah kepada golongan belia agar mereka tidak berasa kekok jika diminta menguruskan jenazah terutama ahli keluarga yang meninggal dunia.

“Saya bimbang jika perkara ini dibiarkan, masyarakat di sesebuah perumahan terpaksa mendapatkan khidmat orang luar untuk menguruskan jenazah pada masa depan.

“Generasi muda kita seharusnya digalakkan mempelajari cara-cara pengurusan jenazah agar ada kesinambungan melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya.


Kemaskini pada 2015-03-31 11:57:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page