Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

05 Okt 2015 :Tokong dipecah masuk

Tokong dipecah masuk
Kim Seng menunjukkan peti besi keselamatan dipecah oleh suspek terbabit. Gambar kecil: Rakaman CCTV menunjukkan tiga lelaki disyaki memecah masuk tokong berkenaan.


SABAK BERNAM – Sebuah tokong Cina di Sabak Bernam mengalami kerugian kira-kira RM3,000 selepas ruang pejabat rumah ibadat itu dipecah masuk tiga lelaki berdasarkan rakaman pada Kamera Litar Tertutup (CCTV) di tokong berkenaan.

Pengerusi Tokong Sheng Jiao Hui, Sabak Bernam, Chong Kim Seng berkata, kes kecurian yang berlaku kira-kira jam 3.45 pagi itu adalah kejadian kali pertama berlaku pada tahun ini.

Menurutnya, beberapa barangan teknologi maklumat yang diletakkan di dalam pejabat tokong itu dilesapkan tiga penjenayah yang memakai topi keledar ketika memecah masuk rumah ibadat berkenaan.

“Selain duit kutipan derma yang dicuri pada peti besi keselamatan, beberapa barangan lain turut dikebas antaranya satu komputer, dua skrin komputer, projektor, pengimbas dan set pembesar suara.

“Saya juga dapati barangan di dalam tokong turut dirosakkan tiga penjenayah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Kim Seng berkata, berdasarkan rakaman CCTV tokong menunjukkan tiga lelaki itu menceroboh masuk rumah ibadat itu dengan memotong gril tingkap tepi bangunan terbabit dan kemudiannya masuk ke dalamnya.

“Selepas ketiga-tiga suspek berjaya masuk ke dalam tokong, mereka terus pecah gril pintu pejabat yang menempatkan wang dan barangan berharga yang lain,” katanya.

Menurutnya, dia buntu memikirkan kejadian itu, apatah lagi pihaknya sedaya-upaya memastikan tokong itu dilengkapi dan dipertingkatkan dengan ciri-ciri keselamatan agar tidak menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab.

“Walaupun jelas tertera tulisan tokong ini dilengkapi CCTV, tapi pihak terbabit enggan menghiraukannya sebaliknya tetap meneruskan kegiatan jenayah terbabit,” katanya.

Kim Seng berkata, pihaknya telah membuat laporan polis bagi menyiasat kes itu dan berharap agar polis mengambil tindakan serius terhadap mana-mana pihak terlibat dalam kejadian kecurian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Kemaskini pada 2015-10-06 09:49:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page