Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Jumaat, 13 Mac 2026 | 23 Ramadhan 1447H | 12:49
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM

Terbaik dari Kami

SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM PORTAL PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM

SOALAN 1 : Apakah itu Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam?
JAWAPAN : Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam merupakan gerbang utama kepada informasi dan  perkhidmatan Daerah Sabak Bernam melalui Internet. 
  
SOALAN 2 : Mengapa Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam diwujudkan?
JAWAPAN :Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan telah disediakan secara online dan Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. 
  
SOALAN 3 :Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Rasmi Pejabat Derah dan Tanah Sabak Bernam?
JAWAPAN  :Umumnya, Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. 
  
SOALAN 4 :Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
JAWAPAN 4 :Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.
  
SOALAN 5 :Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam?
 

Anda boleh menghubungi:- 
Unit Teknologi Maklumat

Bahagian Khidmat Pengurusan

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam
Tel: 03-3224 1963
Faks: 03-3224 2178
Emel: sbernam@selangor.gov.my 
 

SOALAN 6   :Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas/aduan/cadangan kepada agensi-agensi Kerajaan?
JAWAPAN 6 :Maklumbalas/aduan/cadangan kepada agensi-agensi kerajaan boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) : http://selangor.spab.gov.my

Soalan Lazim Unit Pembangunan Tanah

SOALAN 1:Apakah permohonan yang boleh dibuat di Unit Pembangunan Tanah?
JAWAPAN:• Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah Seksyen 204B KTN
 

• Permohonan Secara Serentak Pecah Sempadan Dan Mengubah Kategori Kegunaan Tanah Serta Meminda Syarat Tanah Seksyen 124A KTN

• Permohonan Mengubah Kategori Kegunaan Tanah Serta Meminda Syarat Nyata Tanah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) KTN

 • Permohonan Penyatuan Tanah Seksyen 148 KTN

 • Permohonan Pecah Sempadan Seksyen 137 KTN

 • Permohonan Penyatuan Tanah Seksyen 148 KTN

 • Permohonan Pecah Sempadan Seksyen 137 KTN

 • Permohonan Pecah Bahagian Seksyen 142 KTN

 • Permohonan Serah Sebahagian Seksyen 200 KTN

 • Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Seksyen 197 dan 76 KTN

 • Pengambilan Tanah Akta Pengambilan Tanah 1960

SOALAN 2: Apakah perbezaan pecah sempadan dengan pecah bahagian?
JAWAPAN:Pecah sempadan – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau sementara sambungan dari hakmilik tetap dipecah kepada 2 atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuan-tuan punya bersama yang sama.
 Pecah bahagian – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau dibawah hakmilik sementara sambungan dari hakmilik tetap yang dipegang oleh 2 orang atau lebih sebagai tuanpunya bersama adalah dipecah bahagiankan supaya tertakluk pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu di bawah satu hakmilik yang berasingan.
 
SOALAN 3:Siapakah yang boleh memohon untuk tujuan Pembangunan Tanah?
JAWAPAN: • Tuan tanah (Pemilik Berdaftar
 • Pemegang Amanah Atau mana-mana orang yang diberi kuasa atau kebenaran oleh tuan tanah 
 
SOALAN 4:Apakah kaedah yang digunakan untuk pengenaan premium?
JAWAPAN:Pentadbir Tanah akan merujuk ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi mendapatkan nilaian tanah dan pengiraan premium akan dikenakan berdasarkan Kaedah Tanah Selangor 2005 (Pindaan 2007) 
 
SOALAN 5: Adakah rayuan pengurangan premium atau bayaran secara ansuran masih dibenarkan?
JAWAPAN:Mengikut Pekeliling PTG Bil. 1/2016, Rayuan pengurangan premium dan bayaran premium secara ansuran tidak dibenarkan dan Pentadbir Tanah diberi kuasa untuk menolak rayuan tersebut secara penolakan terus 'summary rejection' tanpa perlu dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 
 
SOALAN 6:Apakah jenis pembangunan yang memerlukan Kebenaran Merancang?
JAWAPAN:Kesemua pembangunan yang melibatkan kerja penukaran kegunaan tanah atau bangunan, pemecahan sempadan dan penyatuan tanah adalah memerlukan Kebenaran Merancang untuk memudahkan urusan permohonan. 
 
SOALAN 7:Berapakah kos yang diperlukan?
JAWAPAN: i) Pendaftaran mengikut permohonan dan keluasan (boleh merujuk kepada senaraisemak / ‘checklist’)
 

 ii) Carian rasmi RM 50.00 bagi 1 hakmilik

 iii) Kos tidak termasuk urusan penyediaan pelan dan LCP oleh Jurukur dan/atauJururancang Bandar

 iv) Borang dan sebarang pertanyaan boleh diperolehi di kaunter Unit Pembangunan Tanah

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain, boleh menghubungi Unit Pembangunan Tanah di talian 03-3224 1963

Soalan Lazim Unit Pelupusan Tanah

SOALAN 1 :Berapakah Bayaran Permohonan Lesen Pendudukan Sementara LPS?
JAWAPAN :Bayaran Permohonan Lesen Pendudukan Sementara LPS:
 RM 20.00 – Bayaran untuk pelan < 10 Ekar
RM 50.00 – Bayaran untuk pelan > 10 Ekar
RM 50.00 – Bayaran Permohonan LPS
SOALAN 2 : Kuasa Pertimbangan Permohonan LPS?
JAWAPAN :Permohonan LPS dipertimbangkan mengikut keluasan permohonan seperti berikut:-
 Keluasan tidak melebihi 1 ekar : Pentadbir Tanah Daerah
Keluasan melebihi 1 ekar hingga 5 ekar : Pengarah Tanah Galian Selangor
Keluasan melebihi 5 ekar ke atas : MTES/MMKN
Permohonan Tapak Papan Iklan dan Pondok Pengawal dipertimbangkan oleh Pentadbir Tanah Daerah (PTD) 
SOALAN 3 :Berapa lama tempoh sah Lesen Pendudukan Sementara?
JAWAPAN Tahun pertama kelulusan atau mengikut bulan sebelum berakhir tahun kalendar dan tiga (3) kali pembaharuan yang dibuat pada setiap tahun.
SOALAN 4 :Bagaimana untuk membaharui Lesen Pendudukan Sementara?
JAWAPAN :Hadir ke Unit Pelupusan Tanah, Pejabat  Daerah/Tanah Sepang dan mengisi Borang Membaharui (LPS) serta membawa Lesen Asal (Borang 4A) untuk pembaharuan lessen
SOALAN 5 : Apakah dokumen yang perlu ada untuk tujuan permohonan tanah? 
JAWAPAN Individu  
 
  • Pelan Kawasan (2 Pelan yang telah disahkan dan ditanda oleh Unit Teknikal).

  • Resit Bayaran Pelan.

  • Surat Akujanji yang telah ditandatangani.

  • 2 Borang Jadual 1 beserta Butir-butir permohonan yang diisi lengkap.

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri (jika sudah berkahwin).

  • Salinan Sijil Lahir (Sekiranya Tanah Rizab Melayu).

  • Gambar Tapak.

  • Lampiran G sekiranya pemohon adalah Penjawat Awam Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2002.

 Syarikat
 
  • Pelan Kawasan (2 Pelan yang telah disahkan dan ditanda oleh Unit Teknikal).

  • Resit Bayaran Pelan

  • 2 Borang Jadual 1 beserta Butir-butir permohonan yang diisi lengkap

  • Borang 24 dan 49

  • Jadual Ketiga (Enakmen Rizab Melayu) bagi permohonan di atas Tanah Rizab Melayu

  • Memorandum And Article Of Association/Enakmen Penubuhan

SOALAN 6 :Berapakah jumlah bayaran untuk permohonan tanah? 
JAWAPAN :Pertanian
 
  • Kurang dari 2 hektar (5 ekar) – RM 10.00

  • Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak melebihi 10 hektar (25 ekar) – RM 50.00

  • Lebih dari 10 hektar (25 ekar) – RM 100.00 

 Bangunan Kediaman
 
  • Kurang dari 1 hektar (2.5 ekar) – RM 50.00

  • Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak lebih 10 hektar (25 ekar) – RM 100.00

  • Lebih dari 10 hektar (25 ekar) – RM 200.00

 Bangunan Perniagaan
 
  • Kurang dari 1 hektar (2.5 ekar) – RM 100.00

  • Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak lebih 10 hektar (25 ekar) – RM 200.00

  • Lebih dari 10 hektar (25 ekar) – RM 300.00

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Pelupusan di talian 03-3224 1963

Soalan Lazim Unit Hasil

SOALAN 1 :Apa itu "Cukai Tanah"?
JAWAPAN :Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;
 

Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan 

Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14 Kanun Tanah Negara, 1965.

SOALAN 2 : Bila cukai tanah bagi sesuatu tahun itu harus dibayar?
JAWAPAN :Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun, dan selewat-lewatnya sebelum 1hb. Jun setiap tahun.
SOALAN 3 :Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
JAWAPAN Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah." 
 Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana - mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."Selepas perjanjian jual-beli (" Sales and Purchase Agreement ") telah dimeterai oleh kedua - dua pihak penjual (atau pemaju tanah / perumahan ) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.
SOALAN 4 :Mengapa Saya Perlu Membayar Cukai Tanah?
JAWAPAN :Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak BerkuasaNegeri,TANPA PERLU MENUNGGU MAKLUMAN MELALUI BIL HASIL TANAH
SOALAN 5 : Apa yang berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan? 
JAWAPAN Fi tunggakan akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah.
Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut, maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.
SOALAN 6 :Dimanakah saya boleh membayar cukai tanah?
JAWAPAN :1. Kaunter Hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor;
 2. Kaunter Hasil Pejabat Tanah/ Daerah di Negeri Selangor;
3. Kaunter Hasil Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor (Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah) dan  bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai” sahaja
4. Kaunter Pejabat Pos di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai “ sahaja.
SOALAN 7Bolehkah pembayaran cukai tanah dilakukan secara dalam talian atau “online”?
JAWAPAN :Boleh. Anda boleh melakukan pembayaran secara dalam talian  atau ‘online’. Sila klik pautan ini untuk maklumat lebih lanjut. Maklumat Bayaran Cukai Tanah
SOALAN 8 :Bolehkah pembayaran cukai petak dilakukan secara dalam talian atau “online”?
JAWAPAN :Boleh. Anda boleh melakukan pembayaran secara dalam talian  atau ‘online’. Sila klik pautan ini untuk maklumat lebih lanjut. Maklumat Bayaran Cukai Petak
SOALAN 9 :Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bil cukai?
JAWAPAN :Bil-bil cukai akan dihantar kepada semua pemilik tanah berdaftar mengikut alamat yang didaftarkan pada hakmilik. 
 Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab tuan tanah untuk memaklumkan alamat terkini tempat tinggal bagi memastikan bil hasil diterima.
Sekiranya bil cukai tanah tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Tanah/ Daerah di Selangor atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Selangor
SOALAN 10 :Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
JAWAPAN :Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap/pindah milik tidak dapat dilakukan
 

PERINGATAN :

  1. Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang alamat terkini di Pejabat Daerah/Tanah untuk tujuan rekod dan semakan.

  2. Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Daerah/Tanah yang berhampiran.

  3. Kegagalan pemilik mengemaskini alamat Bil Hasil Tanah boleh dikenakan DENDA tidak melebihi RM1,000.00 atau PENAJARA tidak melebihi 6 BULAN mengikut Seksyen 429(d), Kanun Tanah Negara.

  4. Borang Pemberitahuan Pertukaran Alamat (Borang 26A) - Muat Turun Borang 26A dan Senarai Semak Dokumen Urusan Tukar Alamat

  5. Hakmilik Pejabat Pendaftaer (GRN/HSD/PN) Borang 26A dihantar ke Pejabat Tanah Dan Galian Selangor

  6. Hakmilik Mukim (GM/HSM/PM) Borang 26A dihantar ke Pejabat Daerah Tanah berkenaan

SOALAN 11 :Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai?
JAWAPAN :Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap.
 

PERINGATAN :

Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru atau

Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap)

SOALAN 12 : Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai?
JAWAPAN :Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap.
 

PERINGATAN :

Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru atau

Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap)

 

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Hasil di talian 03-3224 1963

Soalan Lazim Unit Teknikal dan Penguatkuasaan

SOALAN 1 :Berapa harga satu salinan pelan?
JAWAPAN :Mengikut Kaedah Tanah Selangor, harga setiap satu salinan pelan adalah bergantung kepada keluasan.Sebagai contoh:-
 

i. Tidak melebihi 1 hektar                                  -    RM20.00

ii. Melebihi  1 hektar tapi tidak lebih 10 hektar  -    RM50.00

iii. Melebihi 10 hektar                                        -    RM100.00

SOALAN 2 : Bila atau berapa lama pelan yang dibeli boleh diterima?
JAWAPAN :Setiap pembelian pelan akan diserahkan pada hari yang sama kepada pemohon.
SOALAN 3 :Boleh tak Pelan Akui (PA) dibeli disini?
JAWAPAN Tidak boleh. Pelan akui hanya boleh dibeli di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di Shah Alam sahaja.
SOALAN 4 : Boleh tak saya mohon kawasan rezab sungai?
JAWAPAN :Mengikut Pekeliling PTG 1/2012 semua rezab sungai, jalan, pantai dan parit tidak dibenarkan untuk dipohon.
SOALAN 5 : Saya ada masalah sempadan tanah, boleh Pejabat Tanah ukurkan?
JAWAPAN  i. Pejabat Tanah tidak membuat kerja pengukuran tanah.
 

ii. Tuan tanah boleh melantik juruukur berlesen untuk membuat kerja-kerja ukur.

iii. Seksyen 114 KTN menghendaki tuan tanah mengambil langkah pencegahan kerosakan atau pengalihan secara tidak sah batu sempadan di atas tanah. Pentadbiran tanah boleh meminta tuan tanah membayar kos pembaikan/penggantian batu sempadan yang rosak, musnah atau dialih secara tidak sah. Pentadbir tanah juga boleh menghendaki tuan tanah berbuat demikian atas perbelanjaan sendiri. Tuan tanah juga dikehendaki membersihkan mana-mana garisan antara mana-mana tanda sempadan.

SOALAN 6 :Apakah itu Tanah Kerajaan?
JAWAPAN :Tanah Kerajaan terdiri daripada semua tanah di dalam negeri tersebut termasuklah tanah sungai dan tepi pantai serta dasar laut seperti yang termasuk di dalam wilayah negeri atau batas perairan wilayah selain dari tanah-tanah seperti:-
  - Tanah Rizab (Tanah Simpanan)
 - Tanah Berimilik
 - Tanah Lombong
 - Tanah Hutan
SOALAN 7Adakah saya berhak mendapat pampasan sekiranya tanah yang saya usahakan tanpa izin hendak dibangunkan oleh Pihak Berkuasa?
JAWAPAN :Pihak Kerajaan tidak akan membayar sebarang pampasan ke atas pengusaha/penceroboh yang tanah tersebut hendak dibangunkan untuk bagi sesuatu tujuan.
SOALAN 8 :Bolehkah saya menduduki atau mengusahakan tanah kerajaan?
JAWAPAN :Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN 1965) dan jika disabitkan boleh didenda sebanyak RM 500,000.00 (Ringgit Malaysis :   Lima Ratus Ribu) atau penjara tidak kurang 1 tahun atau kedua-dua sekali.
SOALAN 9 :Siapakah pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan penguatkuasaan bagi kesalahan pengalihan bahan- batuan tanpa kebenaran?
JAWAPAN :Mana-mana pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat inspector, Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau lain-lain pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa negeri.
SOALAN 10 :Boleh saya mengeluarkan bahan-batuan (pasir) yang terdapat pada tanah saya sendiri?
JAWAPAN :Boleh tetapi mestilah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri. Ini kerana Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah melantik Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan pasir di Negeri Selangor.
SOALAN 11 :Boleh saya mengeluarkan bahan-batuan (tanah) yang terdapat pada tanah saya sendiri?
JAWAPAN :Boleh dengan syarat perlu mendapat kebenaran atau kelulusan permit pengeluaran bahan batuan (Borang C) di Pejabat daerah/Tanah Sepang. 
SOALAN 12 : Adakah menjadi kesalahan pada saya sekiranya tanah saya dicerobohi bagi pengeluaran bahan-batuan tanpa pengetahuan saya?
JAWAPAN :Ya, menjadi kesalahan dan boleh didakwa di atas kesalahan Seksyen 426 subahat seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara (KTN 1965). Walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah menjaga tanahnya termasuk batu sempadan selaras Seksyen 114 Kanun Tanah Negara.
SOALAN 13 :   Bolehkah saya membina kilang atau tempat perniagaan seperti kedai serbaguna (hardware) di atas tanah syarat pertanian?
JAWAPAN :Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 125 Kanun Tanah Negara 1965. Jika didapati pemilik tanah melakukan aktiviti di atas tanah beliau yang menyalahi syarat kegunaan tanah, tindakan membaikpulih tanah bersama tempoh perlu dilaksanakan. Pemilik tanah juga boleh membuat permohonan pertukaran syarat tanah ke Unit Pembangunan Tanah, Pejabat Daerah/Tanah Sepang.
* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Hasil di talian 03-3224 1963


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Tanjung