Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

21 Okt 2015 : Operasi musnah port penagih diteruskan

Operasi musnah port penagih diteruskan
Anggota polis, AADK dan Pemadam memusnahkan khemah yang didirikan di Jalan Ban Sungai Burung, Sungai Besar.

SABAK BERNAM – Seramai lima anggota polis serta 21 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) bekerjasama dalam usaha memusnahkan ‘port penagihan’ di Jalan Ban Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Program ‘Whitening The Black Spot Area’ itu diketuai Ketua Balai Polis Sungai Besar, Inspektor Kamaruzzaman Masbah memberi tumpuan memusnah dan merobohkan khemah yang dipercayai dibina penagih dadah di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, semasa operasi itu, tiada sebarang tangkapan dibuat di kawasan itu sambil polis memberi amaran tegas akan terus melaksanakan aktiviti melumpuhkan kegiatan penagihan di beberapa lokasi lain selepas ini.

Operasi itu merupakan susulan kepada program sama yang digerakkan polis bersama komuniti setempat sebelum ini di Lorong 13 Kampung Baru Nelayan, Sungai Besar.


Kemaskini pada 2015-10-26 14:19:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page