Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

26 Okt 2015 : 68 peratus bayi minum susu ibu

68 peratus bayi minum susu ibu
Dr Jamaliah (kiri) bersama-sama tetamu jemputan melawat ruang pameran dan jualan pada Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu di Dewan Sri Bernam.


SABAK BERNAM – Kira-kira 68 peratus bayi yang dilahirkan sehingga berumur enam bulan di daerah Sabak Bernam menyusu secara eksklusif dan peratusan itu melebihi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan sebanyak 45 peratus.

Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Dr Jamaliah Jamil berkata, pencapaian itu sesuatu yang amat baik dan perlu ditingkatkan lagi pada masa depan agar lebih ramai ibu yang melahirkan anak menyusukan bayi mereka secara eksklusif.

Menurutnya, peranan yang dimainkan oleh kumpulan sokongan susu ibu di daerah itu amat dihargai kerana mereka turut sama membantu dalam usaha menggalakkan kempen dan promosi tentang kebaikan penyusuan ibu.

“Di sinilah, pentingnya peranan ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu bersama kakitangan kesihatan untuk menjalankan pelbagai program penyusuan seperti bengkel keibubapaan, ceramah dan pameran agar dapat memberi sokongan dan panduan kepada ibu yang melahirkan anak,” katanya pada Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu di Dewan Sri Bernam, di sini.

Dr Jamaliah berkata, di Sabak Bernam, kumpulan sokongan penyusuan ibu itu dibentuk sama ada di peringkat klinik kesihatan, klinik desa dan di peringkat hospital itu sendiri.

“Di klinik kesihatan ini terdiri kalangan masyarakat yang bertindak sebagai sukarelawan yang membantu dalam khidmat nasihat dan mereka ini akan diajar dan diberi kursus bagaimana mendidik ibu tentang penyusuan yang betul,” katanya.

Beliau memberitahu, misalnya di daerah itu sahaja terdapat enam klinik kesihatan yang mempunyai kumpulan sokongan masing-masing dan setiap klinik itu mempunyai 14 ahli termasuk kakitangan yang aktif dalam kempen menggalakkan penyusuan susu ibu.

Katanya, susu ibu bukan saja dapat memberi nutrien, khasiat dan meningkatkan daya melawan penyakit kepada bayi, malah dapat membentuk kecerdasan minda bayi.

“Bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu mempunyai antibodi secukupnya,” katanya.


Kemaskini pada 2015-10-26 14:47:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page