Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

19 Nov 2015 : Cikgu panik van terbakar depan sekolah

Cikgu panik van terbakar depan sekolah
Van jenis Nissan Vanette yang diletakkan di pekarangan SRA Ehyaul Falah, Sungai Besar tiba-tiba terbakar, petang kelmarin.


SABAK BERNAM - "Kaki saya macam tak pijak tanah bila tengok asap berkepul-kepul naik atas bangunan. Saya fikir, kalau van tu meletup mungkin kami menemui ajal di sini," demikian kata seorang guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Ehyaul Falah, Sungai Besar, Norhashimah Ramle, 38.

Norhashimah yang berada di bilik guru tingkat dua bangunan sekolah itu bersama dua lagi rakannya melalui detik cemas selepas van milik sebuah syarikat jenis Nissan Vanette yang diletakkan di pekarangan sekolah itu tiba-tiba terbakar, di sini, petang semalam.

Norhashimah berkata, kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu berlaku ketika dia baharu sahaja menunaikan solat Zohor, bagaimanapun tiba-tiba terdengar jeritan seseorang dari tingkat bawah bangunan sekolah berkenaan.

"Saya dengar pemandu van jerit kuat kata api-api kat bawah, tolong ambil alat pemadam api cepat. Saya yang masih bertelekung bersama-sama dua lagi rakan lain terus keluar dari bilik guru dan terkejut tengok percikan api di bawah enjin van ," katanya.

Jelas Norhashimah, dalam keadaan panik itu, dia sempat berlari ke tangga meminta pertolongan, sambil seorang rakannya, Siti Rokhanah Toha, 41, mendapatkan alat pemadam api untuk diberikan kepada pemandu van berkenaan.

"Masa tu hanya kami bertiga saja sebab murid tak sampai lagi. Bilik guru dah penuh asap dan bau hangit. Semasa saya di tangga, kebetulan ada seorang polis sampai di situ hantar anaknya ke sekolah. Saya panggil dan minta dia tolong hubungi bomba.

"Lepas van disembur dengan pemadam api, saya tengok api dari bawah van dah padam dan kami bertiga masuk semula ke bilik guru. Namun tak sampai beberapa saat, kami terdengar bunyi letupan kuat dan saya keluar dari bilik guru, tengok van dah terbakar.

"Masa kejadian tu saya dah tak fikir apa-apa sebab api dah terlalu marak. Saya mula batuk akibat tekak mula rasa sakit sebab tersedut asap. Cuma saya sempat pesan dengan dua lagi kawan, kita jangan pergi mana-mana. Apa-apa pun berlaku, biar kita bertiga di sini," ujarnya.

Katanya, pemandu van terbabit meletakkan kenderaannya di sekolah itu selepas ingin bertemunya untuk urusan buku tahun depan.

"Kejadian ini berlaku sejam awal sebelum sekolah kami mengadakan progam hari kecemerlangan murid, bagaimanapun program tahunan sekolah ini tetap diteruskan seperti biasa," katanya.

Ketua Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Rani Mat Hanafiah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran kenderaan terbabit kira-kira jam 1.27 petang dan tiba ke lokasi kejadian tujuh minit selepas itu.

"Pihak kami berjaya mengawal kebaran seminit selepas itu dan bomba berjaya memadam keseluruhan kebakaran kira-kira 15 minit selepas operasi pemadaman dilakukan.

"Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Tiada seorang pun mangsa yang maut atau cedera dalam kejadian ini," katanya.


Kemaskini pada 2015-11-23 10:42:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page