Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Urusan Pindah Milik Tanah (14A)

DEFINISI

Pindah milik tanah merupakan satu (1) proses untuk menukar nama pemilik berdaftar yang melibatkan keseluruhan / sebahagian tanah kepada pemilik baru.

 

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

1.

Warganegara berumur sekurang - kurangnya 18 tahun ke atas.

2.

Perbadanan - perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah ( Badan - Badan Berkanun).

3.

Raja - Raja Pemerintah, Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.

4.

Badan-badan yang diberikuasa secara sengaja untuk memegang tanah di bawah mana-mana syarikat.

 

PANDUAN PENGISIAN BORANG PINDAH MILIK (14A)

1.

Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.

2.

Bagi Permohonan Pindah Milik Tanah Rizab Melayu, Borang 14A mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.

3.

Sekiranya Borang Pindah Milik (14A) dicapkan dengan ibu jari maka perlu dilabelkan jari kiri atau kanan.

 

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PINDAH MILIK (14A) 

1.

Hakmilik (Geran) asal.

2.

Borang 14A yang telah diisi dengan lengkap.

3.

Sijil Setem.

4.

Notis Taksiran pindah milik daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

5.

Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima).

6.

Salinan Cukai Pintu semasa : Januari - Jun Bil.1 dan Julai - Disember Bil.2 yang jelas dan terang ( gelap atau kabur tidak diterima).

7.

Salinan MY Kad Pemberi dan Penerima pindah milik yang jelas dan terang, bahagian depan serta belakang (gelap atau kabur tidak diterima).


Kemaskini pada 2017-11-27 12:00:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page