DEFINISI |
Pindah milik tanah merupakan satu (1) proses untuk menukar nama pemilik berdaftar yang melibatkan keseluruhan / sebahagian tanah kepada pemilik baru. |
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN |
1. |
Warganegara berumur sekurang - kurangnya 18 tahun ke atas. |
2. |
Perbadanan - perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah ( Badan - Badan Berkanun). |
3. |
Raja - Raja Pemerintah, Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957. |
4. |
Badan-badan yang diberikuasa secara sengaja untuk memegang tanah di bawah mana-mana syarikat. |
PANDUAN PENGISIAN BORANG PINDAH MILIK (14A) |
1. |
Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang. |
2. |
Bagi Permohonan Pindah Milik Tanah Rizab Melayu, Borang 14A mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah. |
3. |
Sekiranya Borang Pindah Milik (14A) dicapkan dengan ibu jari maka perlu dilabelkan jari kiri atau kanan. |
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PINDAH MILIK (14A) |
1. |
Hakmilik (Geran) asal. |
2. |
Borang 14A yang telah diisi dengan lengkap. |
3. |
Sijil Setem. |
4. |
Notis Taksiran pindah milik daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). |
5. |
Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima). |
6. |
Salinan Cukai Pintu semasa : Januari - Jun Bil.1 dan Julai - Disember Bil.2 yang jelas dan terang ( gelap atau kabur tidak diterima). |
7. |
Salinan MY Kad Pemberi dan Penerima pindah milik yang jelas dan terang, bahagian depan serta belakang (gelap atau kabur tidak diterima). |
Kemaskini pada 2017-11-27 12:00:30 daripada Administrator