DEFINISI |
Mana - mana pemegang gadaian dengan suatu suratcara atas borang 16N, melepaskan tanah atau pajakan yang digadainya. |
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN |
1. |
Pemohon merupakan institusi kewangan yang menjadi pemegang gadaian bagi hakmilik berkenaan. |
PANDUAN PENGISIAN BORANG MELEPASKAN GADAIAN (16N) |
1. |
Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang. |
2. |
Salinan pendua bank / salinan diakui sah (CTC) oleh Pejabat Daerah / Tanah. |
3. |
Jadual Tanah (No. Perserahan yang dilepaskan dan 'initial'). |
4. |
No. P.A bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan no. My Kad). |
5. |
Peletakhakkan Mahkamah ('Vesting Order') / Borang Tukar Nama perlu disertakan sekiranya nama bank berbeza. |
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN MELEPASKAN GADAIAN (16N) |
1. |
Hakmilik (Geran) asal. |
2. |
Borang 16N yang telah diisi dengan lengkap. |
3. |
Salinan Pendua Gadaian (16A) dan (salinan bank / salinan diakui sah (CTC) oleh Pejabat Daerah / Tanah). |
4. |
Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima). |
Kemaskini pada 2016-06-21 16:01:46 daripada Administrator