Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

17 September 2016 : Dua keluarga hilang rumah serentak

Dua keluarga hilang rumah serentak
 
SABAK BERNAM - Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Naidu, di sini, musnah dalam kebakaran petang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, selain dua rumah terbabit, sebuah lagi rumah tidak berpenghuni turut rentung dalam kebakaran terbabit.

Mangsa, K Santiran, 58, berkata, dia tiada di rumah semasa kejadian kerana berniada di Pasar Awam Sabak Bernam, manakala isteri bersama anaknya pula menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kuala Lumpur.

“Saya terkejut bila dapat panggilan telefon dari rakan kata rumah saya dah terbakar.

“Saya terus bergegas pulang ke rumah, tapi sebaik sampai segalanya telah musnah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, M Perianan, 46, berkata, kejadian berlaku sewaktu dia sedang bekerja, manakala isteri dan tiga anak mereka berusia antara tujuh hingga 18 tahun tiada di rumah.

“Walaupun saya kehilangan hampir semua harta-benda, namun masih syukur sebab ahli keluarga saya selamat dalam kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Azhar Ngahrawi berkata, pihaknya menerima panggilan dari Ibu Pejabat Bomba pada jam 1.58 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati hampir keseluruhan ketiga-tiga rumah terbakar dan api sedang marak.

“Kebanyakan bahan binaan rumah diperbuat daripada kayu menyebabkan api mudah merebak, namun kita berusaha mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah bersebelahan,” katanya.

Menurutnya, sebuah jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam serta Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar dengan kekuatan 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian ini.

“Punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian dialami mangsa masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

Kemaskini pada 2016-09-28 15:13:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page