Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

13 November 2016 : 2 pusat perpindahan dibuka hadapi air pasang besar

Air Pasang Besar
 

SABAK BERNAM - Sebanyak dua pusat perpindahan di daerah ini dibuka mulai jam 2 petang tadi sebagai persiapan menghadapi fenomena air pasang besar pada 13 hingga 18 November ini.

Komander Operasi Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa bersama urusetia pengurusan bencana daerah telah mengenal pasti tindakan susulan dalam menghadapi fenomena berkenaan.

"Pusat Operasi Bencana Daerah di Pejabat Daerah Sabak Bernam akan mula beroperasi 24 jam mulai jam 2 petang ini.

"Untuk Pusat Pemindahan Mangsa Bencana juga akan mula dibuka jam 2 petang iaitu di Dewan Sungai Air Tawar dan Dewan Parit Baru manakala Dewan Sri Bernam dan Sri Sekinchan berada dalam keadaan bersedia dan akan dibuka pada bila-bila masa jika diperlukan.

"Empat pusat pemindahan ini turut dijadikan sebagai penempatan untuk semua agensi kerajaan terlibat bagi mengurus mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar," katanya.

Nor Azmi yang juga Ketua Polis Daerah Sabak Bernam berkata, daerah itu dikategorikan dalam zon merah selain Klang.

"Dua tempat berisiko tinggi terjejas banjir di daerah ini ialah di Sungai Air Tawar dan Tebuk Mendeling," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengedar surat edaran kepada penduduk di kawasan terlibat.

Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya bertindak segera sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir yang telah ditetapkan.

“Jangan berlengah-lengah kerana bencana yang melanda biasanya berlaku pantas sehingga mendatangkan bahaya yang tidak terjangka,” katanya.

Sebarang maklumat berhubung jawatankuasa bencana daerah boleh terus berhubung dengan pegawai bertugas di talian 03-32247058  atau 03-2241963.


Kemaskini pada 2016-11-17 11:44:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page