Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

17 November 2016 : SK Tanjung Jawa kekal pencapaian 100 peratus UPSR

SK Tanjung Jawa kekal pencapaian 100 peratus UPSR
 

SABAK BERNAM - Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Jawa yang hanya mempunyai enam calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 mengekalkan pencapaian 100 peratus pada tahun ini.

Guru Besarnya, Abd Rahim Jamil berkata, pencapaian peratusan lulus itu menyamai pencapaian  tahun lalu, berbanding hanya 75 peratus pada 2014.

“Ini tahun kedua berturut-turut sekolah dapat kekalkan pencapaian 100 peratus. Sebelum ini, sekolah juga pernah dapat pencapaian lulus 100 peratus pada 2013,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Rahim berkata, calon UPSR tahun ini adalah yang teramai dicatatkan berbanding dua murid pada tahun lalu dan empat murid pada 2014.

Beliau berkata, daripada enam calon itu, hanya seorang murid, Muhamad Sharul Al Mubarak Dermawi yang berjaya memperoleh 2A, 3B dan 1C.

"Bagi Gred Purata Sekolah (GPS), sekolah ini mencatatkan GPS 2.81 sekali gus mengatasi GPS Negeri Selangor 2.90 dan GPS Daerah Sabak Bernam 3.08.

Sekolah yang dikategorikan sebagai  Sekolah Kurang Murid (SKM) itu mempunyai 21 murid iaitu seramai empat murid tahun 1, tiga murid tahun 2, empat murid tahun 3, manakala seorang murid tahun 4, sementara tiga murid tahun 5 dan enam murid tahun 6.

“Manakala kakitangan akademik pula seramai 13 guru,” katanya.

Keputusan UPSR tahun lalu menyaksikan sekolah itu mencatat kejayaan manis apabila diumumkan sebagai SK terbaik daerah Sabak Bernam apabila dua orang calonnya lulus 100 peratus dan memperoleh GPS 1.20 dalam UPSR melayakkan sekolah menerima empat anugerah kecemerlangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Sementara itu, pengenalan format baharu UPSR yang memasukkan Bahasa Inggeris Penulisan mulai tahun ini menyaksikan hanya 10 orang calon UPSR daerah ini mendapat 6A.

Difahamkankan, 10 calon yang mendapat 6A itu masing-masing dua murid  dari SK Seri Makmur, SK Parit Baru, SK Doktor Abdul Latif, SJKC Yoke Kuan manakala seorang murid dari Sk Seri Sekinchan dan seorang murid lagi dari SK Tebok Jawa.
 


Kemaskini pada 2016-11-18 11:30:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page