Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

18 November 2016 : Penduduk terlibat banjir dibenarkan pulang petang ini

Penduduk terlibat banjir dibenarkan pulang petang ini
 

SABAK BERNAM - Seramai 70 penduduk daripada 15 keluarga dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Sungai Tengar Utara yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Dewan Orang Ramai Sungai Air Tawar sejak Isnin lalu dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selewat-lewatnya jam 5 petang ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam, Zain Azmi Mohd Nor berkata, kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang selepas kerja-kerja pembersihan dan operasi keselamatan di penempatan penduduk selesai dijalankan oleh semua agensi terlibat.

"Mesyuarat Jawatankuasa (Pengurusan) Bencana (Daerah Sabak Bernam) memutuskan kawasan penempatan PPRT itu telah selamat diduduki semula dan dengan ini kita bersetuju supaya pusat pemindahan ini ditutup pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bencana di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Air Tawar, di sini, pagi tadi.

Mesyuarat itu turut dihadiri agensi terlibat seperti polis, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), jabatan kesihatan, pejabat penerangan, Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil penduduk serta beberapa agensi terlibat yang lain.

Zain Azmi berkata, kerja-kerja  pembersihan dan operasi keselamatan itu akan mula digerakkan selepas solat Jumaat.

"Kawalan keselamatan daripada pihak polis dan pihak lain yang berkaitan diteruskan sehingga aspek keselamatan mereka terjamin sepenuhnya.

"Pihak JPS akan terus membuat kerja-kerja pembaikan yang sepatutnya untuk menjamin keselamatan jangka panjang dan mengukuhkan lagi benteng-benteng yang berhampiran kawasan kediaman penduduk," katanya.


Kemaskini pada 2016-11-21 08:28:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page