Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

23 November 2016 : Kurang murid tapi mampu cemerlang

Kurang murid tapi mampu cemerlang
 

SABAK BERNAM - Siapa sangka Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Jawa, Sabak Bernam yang dulunya mempunyai ratusan murid termasuk yang datang dari seberang negeri Perak, kini hanya tinggal seramai 21 murid pada tahun ini.

Mula didirikan sekitar 1958, SK Tanjong Jawa merupakan antara sekolah terawal dibina di daerah Sabak Bernam, sememangnya menjadi tumpuan bukan saja dalam kalangan penduduk kampung berhampiran, malah penduduk di beberapa kampung seberang Perak.

Terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sabak Bernam dan berhampiran Sungai Bernam, menjadikan sekolah itu sebagai pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan formal pada waktu itu.

Mengikut sejarahnya, penduduk yang menetap di sempadan Perak terpaksa menaiki sampan untuk pergi dan pulang ke SK Tanjong Jawa bagi mengharungi Sungai Bernam yang memisahkan Sabak Bernam dan sempadan Perak.

Realiti kira-kira lebih 40 tahun itu terpaksa dilalui mereka hampir setiap hari berikutan ketiadaan sekolah rendah didirikan di sempadan Perak, selain tiadanya sistem perhubungan jalan darat.

Bagaimanapun, penduduk dan murid di sekolah itu makin berkurangan apabila sekolah itu sering digenangi air akibat fenomena air pasang besar menyebabkan penduduk mula berpindah ke Kampung Baru, Sabak Bernam dan Seberang kota, Hutan Melintang, Perak.

Sehingga kini, sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) ini masih terus beroperasi bagi memberi kemudahan kepada penduduk berhampiran menghantar anak-anak ke sekolah terbabit.


Kemaskini pada 2016-11-29 08:09:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page