Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

13 Disember 2016 : Hasrat sambut tahun baru di Indonesia gagal

Hasrat sambut tahun baru di Indonesia gagal
 

SABAK BERNAM - Hasrat sekumpulan pendatang tanpa izin (Pati) warga Indonesia untuk pulang ke negara asal bagi meraikan sambutan tahun baharu bersama keluarga masing-masing beberapa minggu lagi tidak kesampaian, apabila mereka dicekup sepasukan polis, pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 8 pagi diketuai Asisten Superintendan R Subamaniam bersama anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam itu berjaya menahan seramai 63 Pati.

“Daripada jumlah itu, seramai 50 lelaki dan 13 wanita berusia antara 20 hingga 51 tahun diberkas,” katanya.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati, 35 Pati yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, manakala 28 lagi duduk melebihi tempoh yang ditetapkan.

Jelas sumber, polis yang menerima maklumat awam menemui Pati yang bersembunyi di sebuah rumah di Parit 9 Sekinchan dan mereka sudah bersiap sedia menanti bot untuk pulang mengikut jalan yang tidak diwartakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan, Azman Abd Rahman mengesahkan kejadian itu.

“Kesemua ditahan reman 14 hari bermula tangkapan dan disiasat bawah Akta Imigresen,” katanya


Kemaskini pada 2016-12-15 16:07:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page