Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

IKS di Sabak Bernam

Di daerah Sabak Bernam, terdapat banyak pengusaha-pengusaha IKS dan antara yang terkenal ialah Mus Pau di Kampung Parit Baru, Rempeyek Moon Snack di Kampung Batu 38 dan sambal pecal di Kampung Batu 37 Darat.

 

image

 

Mus Pau

 

Sekiranya anda ke Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor pasti tidak sempurna jika anda tidak singgah ke projek pemprosesan kuih pau Pn.Musringah Bt. Ismun dan suaminya En. Mohd Nor bin Mosnan yang terletak di Jln Besar, pekan Parit Baru iaitu kira-kira 35km dari pekan Sg. Besar. Berhadapan dengan kedai pembangunan luar bandar, berhampiran dgn Pejabat Adun Sg. Air Tawar serta Dewan Orang Ramai Parit Baru.


Projek pemprosesan kuih pau ini bermula pada tahun 1998 secara kecil-kecilan. Modal pemulaan sebanyak RM50.00 digunakan. Semasa itu beliau hanya mengunakan cara tradisional dan hanya mampu menguli hanya 2kg tepung sekali setiap hari. Pasaran hanyalah bergantung kepada pasaran setempat di mana ianya hanya diletakkan di kedai-kedai minum atau mengikut tempahan jiran sekampung dan kawan-kawan.


Hasil daripada ketekunan dan kesabaran tanpa mengira penat lelah, Pn. Musringah bersama suami serta dibantu oleh 7 org pekerja telah berjaya mengeluarkan purata 5000 biji pau sehari dengan 8 jenis perisa. Pendapatan kasar sebulan juga telah meningkat ke RM 8 ribu - RM 10 ribu sebulan. Pn. Musringah juga banyak dibantu oleh Jabatan Pertanian Daerah Sabak Bernam dari segi khidmat nasihat dan juga peralatan.


Beliau juga telah banyak menerima anugerah, antaranya Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang Negeri Selangor 2004 dari Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Anugerah Tokoh Usahanita Negeri Selangor 2004 dan juga Anugerah Tokoh Usahanita Daerah Sabak Bernam 2004 dari Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Negeri Selangor.


Pn. Musringah juga berhasrat membesarkan lagi perusahaan beliau dan menembusi pasaran di pasar raya-pasar raya sertahypermarket, di mana kini beliau telah pun memasarkan produk beliau ke seluruh negeri Selangor dan sekitar Negeri Perak. Beliau juga berharap agar produk yang dihasilkan dapat dipasarkan ke seluruh Malaysia.


Berkat usaha gigih Pn. Musringah dan suami serta khidmat bimbingan daripada agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Pertanian, AIM dan lain-lain, beliau telah membuktikan keupayaan dalam bidang keusahawanan yang dijalankan iaitu pemprosesan pau dan pau segera (sejuk beku).

 

Kerepek Bawang

 

Kerepek Bawang Enterprise (M) Sdn. Bhd. merupakan salah satu perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kampung Sungai Apong. Pengusahanya, Ahmad Tajuri Ahmad Shukor, memulakan perusahaan ini sejak tahun 1990 dengan membuat kerepek bawang. Sehingga ke hari ini, pelbagai jenis kerepek telah dipasarkan oleh syarikatnya. Kerepek Bawang Enterprisediberi nama bersempena dengan produk pertama syarikat tersebut iaitu kerepek bawang. Mempunyai kekuatan rasa kerepek bawangnya yang rangup dan enak, menjadikan produk kerepek bawang Ahmad Tajuri mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk sekitar.

 

Ahmad Tajuri tidak bersendirian kerana beliau turut dibantu isterinya dalam meluaskan perusahaan mereka dengan mempelbagaikan jenis produk kerepek. Selain kerepek bawang, kerepek lain yang dijual ialah kerepek jari lemak, ubi masin, ubi pedas basah, pisang manis dan masin serta lain-lain. Bukan sekadar itu, mereka turut menjual kuih tat nanas dan kuih mazola. Syarikat tersebut turut bersedia menerima tempahan pada musim perayaan.

 

Selain harganya yang murah, Kerepek Bawang Enterprise menawarkan produk berkualiti dan kebersihannya terjamin 100 peratus. Biasanya pada musim perayaan, kuih tat nanas sentiasa menerima permintaan yang tinggi. Pastrinya yang gebu serta kemanisan inti dan saiznya besar membuatkan peminat tat nanas tidak melepaskan peluang untuk membuat tempahan apabila menjelang musim perayaan.

 

Syarikat ini mempunyai 20 orang tenaga kerja dan rata-ratanya ialah kaum wanita dari Kampung Sungai Apong. Mereka menggunakan pelbagai peluang yang ada untuk menambah sumber pendapatan keluarga mereka.

 

sumber :

 

Laman Web Komuniti Desa

Mus Pau


Kemaskini pada 2016-05-25 14:28:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar, Selangor. Tel:03-32241963 | Faks:03-32242178 | E-mel : sbernam[at]selangor[dot]gov[dot]my
Penafian : Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam & Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan : IE9 ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
::Hakcipta Terpelihara@2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam::   
Hari IniHari Ini41
Jumlah PelawatJumlah Pelawat606565
Visitor count : 606565 Tarikh Kemaskini: 26 04 24