Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

KOS SEKOLAH AGAMA MAKIN TINGGI

KOS SEKOLAH AGAMA MAKIN TINGGI

4 JANUARI 2018

image

Ibu bapa mendakwa kos perbelanjaan bayaran sekolah agama lebih tinggi berbanding SK. Gambar kecil: Rosliza.

SABAK BERNAM - Kerajaan negeri digesa mengkaji semula kos pendidikan awal sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana didakwa jauh lebih mahal berbanding Sekolah Kebangsaan (SK).

Rata-rata ibu bapa merungut kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak ramai.

Seorang suri rumah, Masitah Yunos, 40, berkata, kos persekolahan seorang anaknya di sebuah sekolah agama sahaja untuk keseluruhan bayaran berjumlah RM147.

Katanya, jumlah itu berbeza berbanding di sekolah kebangsaan yang hanya dikenakan bayaran RM37, bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Bayaran yuran PIBG di sekolah harian hanya dibayar selepas diputuskan pada mesyuarat PIBG kali pertama pada tahun ini.

“Setahu saya, yuran PIBG tak tinggi dan mungkin jumlah keseluruhan bayaran yuran di sekolah harian tak sampai pun RM50,” katanya.

Seorang penduduk dari Sungai Labu, Rosliza Mat, 36, pula berkata, bayaran keseluruhan sekolah agama dua anaknya sahaja berjumlah RM300.

“Ini baru dua orang anak. Bayangkan kalau ada tiga atau empat anak yang bersekolah. Dah tentu membebankan ibu bapa.

“Saya tak nak salahkan pihak sekolah, cuma minta kerajaan negeri cari kaedah terbaik bagi kurangkan beban kos sekolah agama,” katanya.

Seorang penduduk di Kampung Seri Sentosa, Salmah Masri, 46, berkata, untuk seorang anaknya di Tahun 4, sebanyak RM152 bayaran di sebuah sekolah agama sudah dilunaskan, pada hari pertama persekolahan, kelmarin.

“Boleh kata, setiap tahun bayaran sekolah agama lagi tinggi daripada sekolah harian.

“Mungkin selepas ini, kerajaan negeri boleh perkenalkan inisiatif lain untuk bantu ibu bapa kurangkan kos perbelanjaan di semua sekolah agama Jais,” katanya.


Kemaskini pada 2018-01-10 12:12:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page