Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Bagan Nakhoda Omar

NAKHODA dan Omar atau Nakhoda Omar?â€Ã‚ Itu antara persoalan apabila bercerita mengenai sejarah nama Bagan Nakhoda Omar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor.

 

Terletak agak terceruk berikutan kawasan berkenaan jauh daripada laluan utama, Bagan Nakhoda Omar adalah sebuah perkampungan nelayan tradisional dan dikatakan dibuka pada 1918.


Ia dipanggil Bagan Nakhoda Omar apabila seorang pedagang dikenali sebagai Omar datang mencari sahabatnya yang bernama Nakhoda.

 

Pada waktu itu, kapal milik Omar yang melalui kawasan anak sungai berkenaan mengalami kerosakan, menyebabkan dia bersama pengikutnya terkandas di situ.


Menyedari kawasan berkenaan adalah tempat tinggal seorang rakannya yang mahir dalam kerja pertukangan bernama Nakhoda, Omar mengarahkan pengikutnya mencari lelaki berkenaan.


Pada waktu itu, sibuklah pengikut Omar mencari lelaki bernama Nakhoda dan boleh dikatakan setiap kali berjumpa penduduk, mereka bertanya mengenai Nakhoda.

 

Bagaimanapun, penduduk kampung pula salah anggap berikutan menyangka pemilik kapal berkenaan dikenali sebagai Nakhoda Omar.

 

Salah anggap penduduk itu hanya terjawab apabila Nakhoda sendiri berjumpa Omar di kawasan sungai setelah mendengar berita kapal berkenaan karam di situ dan belum sempat dibaiki.

 

Kerana tidak mempunyai pengangkutan lain, Nakhoda meminta Omar bersama pengikutnya tinggal sementara di situ sambil menanti kapal yang lalu di sana untuk ditumpang atau mereka bekerjasama dengan penduduk bagi membina kapal lain.

 

Namun, setelah beberapa lama tinggal di sana, kawasan berkenaan semakin berkembang dan akhirnya Omar mengambil keputusan menetap di situ.

 

Sejak itulah kawasan itu dikenali sebagai Bagan Nakhoda Omar, yakni merujuk kepada perjumpaan dua sahabat iaitu Nakhoda dan Omar yang menjadi punca kawasan itu berkembang.

 

Malah, dikatakan sehingga hari ini, bangkai kapal milik Omar masih ada di dasar sungai berkenaan.

Penghulu Mukim Bagan Nakhoda Omar, Mohamad Fairos Johari berkata, kisah berkenaan adalah versi popular penduduk di sana, namun ada satu lagi versi berbeza bagaimana Bagan Nakhoda Omar mendapat namanya.

 

Versi kedua berkait dengan kisah seorang lelaki bernama Nakhoda Omar yang datang dari Sumatera bersama pengikut serta barang dagangan.

 

Namun, sewaktu melalui kawasan berkenaan, kapal mereka karam akibat terlanggar batu karang. Nakhoda Omar mengarahkan pengikut yang terselamat memunggah barangan yang ada ke daratan dan mencari makanan dengan menangkap ikan.

 

Di sini, mereka mendirikan kawasan penempatan sementara bagi menanti jika ada kapal dagangan lain yang lalu. Namun, selepas beberapa lama, tidak ada kapal yang lalu dan Nakhoda Omar kemudian mengambil keputusan terus tinggal di sana.

 

Bermula detik itulah kawasan ini dikatakan mula diteroka. Bagi menamakan kawasan itu, pengikut Nakhoda Omar menamakannya sebagai Bagan Nakhoda Omar merujuk kepada nama ketua mereka,â€Ã‚ katanya.

Mohamad Fairos berkata, sejak detik itu kawasan berkenaan dikenali sebagai perkampungan nelayan dan sehingga kini aktiviti utama penduduk adalah menangkap ikan.

 

Disebabkan itu juga, di kalangan kaki pancing, Bagan Nakhoda Omar terkenal sebagai kawasan menangkap ikan di Sabak Bernam.

 

Menurut Mohamad Fairos, keunikan Bagan Nakhoda Omar juga terletak pada budayanya. Oleh kerana kebanyakan penduduk berketurunan Banjar, ada antara mereka masih mengamalkan budaya berkenaan selain kebanyakannya fasih bercakap bahasa Banjar.

 

FAKTA

Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor


Terletak sembilan kilometer dari pekan Sabak Bernam

 

Dipercayai mula diduduki sekitar abad ke-18 dan mendapat nama secara rasmi pada awal abad-19

 

Dikenali sebagai sebuah mukim dalam daerah Sabak Bernam

 

Ada tujuh kampung di bawah pentadbiran mukim Bagan Nakhoda Omar iaitu Kampung Sekendi, Kampung Tebuk Jawa, Kampung Simpang Empat, Kampung Parit Baru Pekan (Kampung Sungai Lang), Kampung Teluk Rhu, Kampung Sungai Apong dan Kampung Sungai Tengar Selatan

 

Nama bagan diambil sempena nama pangkalan nelayan, merujuk kepada pekerjaan utama penduduk yang menangkap hasil laut sebagai sumber pencarian

 

sumber - Harian Metro


Kemaskini pada 2013-10-04 10:51:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page