Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Jana pendapatan RM50,000 semusim

Jana pendapatan RM50,000 semusim

image
Cili kulai mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.
 

 

 

BAGAN NAKHODA OMAR - Projek tanaman fertigasi cili kulai diusahakan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya mampu menjana pendapatan sebanyak RM50,000 semusim.

Pengerusinya, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, projek di bawah Skim Ladang Kontrak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor itu diusahakan di atas tanah seluas 0.5 hektar di Tebuk Sultan, Kampung Sungai Tengar, di sini.

Beliau memberitahu, tanaman culi kulai tahun ini meningkat lebih tinggi berbanding tahun lalu.

"Sebanyak 5,000 pokok cili kulai ditanam pada projek kali ini berbanding hanya 1,900 pokok cili jenis sama, tahun lalu.

"Selepas dua bulan ditanam, pokok cili yang boleh dituai selama empat bulan ini menunjukkan hasil sangat menggalakkan.

"Dalam tempoh 10 hari lalu, kita berjaya memperoleh 2.7 tan metrik dengan secara purata cili ini boleh dijual pada harga RM5 sekilogram kepada pemborong," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan mengusahakan tanaman itu selama dua musim tahun ini.

"Ini sekali gus bakal memberi pulangan sebanyak RM100,000 kepada PPK Bernam Jaya," katanya.

Abdul Rahman memberitahu, selain itu, PPK Bernam Jaya turut menawarkan beberapa perkhidmatan dan aktiviti ekonomi bagi menambah sumber pendapatan pertubuhan.

Katanya, usaha berkenaan memastikan ahli menikmati keuntungan pertubuhan melalui pulangan dividen.

"Antaranya seperti menawarkan Skim Kredit Ladang Terselia ( SKLT ) kelapa sawit kepada ahli untuk diuruskan sepenuhnya atau membekalkan bahan input sahaja," katanya

Menurutnya, pada masa sama, PPK Bernam Jaya membuka pusat belian pukal kelapa sawit dan menawarkan harga belian yang kompatetif kepada ahli.

"PPK Bernam Jaya juga akan memperkenalkan stesen minyak mini dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac depan," katanya.

 

 

Kemaskini pada 2019-02-19 10:47:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page