Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Remaja curi motosikal, pecah cermin kereta ditahan

 

image
Nor Azmi (tengah) menunjukkan motosikal Demak DJ yang dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam.
 

SABAK BERNAM - Seorang remaja yang baharu berjinak-jinak dalam kegiatan mencuri motosikal dan pecah kereta di sekitar Sekinchan berjaya ditumpaskan polis di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek ditahan sepasukan polis diketuai Inspektor Halvin Tsyuri jam 5.20 petang.

Menurutnya, remaja berusia 15 tahun yang keciciran persekolahan itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Seri Sentosa, Pekan Sekinchan, di sini.

“Hasil siasatan polis, suspek mengaku melakukan aktiviti curi sebuah motosikal dan kes pecah cermin kereta di Sekinchan,” katanya.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya merampas semula sebuah motosikal dicuri dan menjumpai beg kecil mengandungi duit syiling berjumlah RM26.

Nor Azmi berkata, suspek dikesan mula melakukan kegiatan mencuri motosikal jenis Demak DJ yang diletakkan di hadapan sebuah rumah pada jam 6 pagi, 2 Januari lalu.

“Tidak puas mencuri motosikal, suspek kemudiannya memecah cermin sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang di parkir di tepi jalan di Sekinchan, 27 Januari lalu.

“Dua mangsa mendakwa beberapa barangan berharga dan penting mereka hilang termasuklah Mykad, tiga kad kredit, lesen memandu, wang tunai berjumlah RM2, 000, kad insurans dan sebuah tablet,” katanya.

Menurutnya, suspek yang tidak memiliki rekod lampau dan bebas daripada gejala penagihan dadah itu ditahan reman sejak semalam sehingga Rabu ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 akta yang sama,” katanya.

 

 

Kemaskini pada 2019-02-19 10:47:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page