Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
"TERBAIK DARI KAMI"

 

 

alt
Soalan
Lazim
alt
Hubungi
Kami
alt
Aduan dan
Maklum Balas
alt
Peta
Laman
MyGOV
MyGOV

D' Muara Marine Park

Muara Marine Park merupakan sebuah pusat pelancongan berteraskan eko pelancongan dan hotel / chalet. Ia merupakan milik Majlis Daerah Sabak Bernam yang mana pengurusan dan operasinya diberikan kepada Dorani Bayu Resort ‘N’ Services Sdn. Bhd. melalui konsep usahasama bermula 2 Februari 2005.

 

Muara Marine Park terletak kira-kira lima kilometer dari pekan Sungai Besar dan 140 kilometer dari Kuala Lumpur. Ia dibangunkan di pesisir pantai Sungai Haji Dorani berkonsepkan alam semulajadi. Pada asalnya, ia merupakan kawasan Medan Ikan Bakar. Demi melihat ia boleh dimajukan sebagai pusat pelancongan, maka D’ Muara Marine Park pun dibina. Ia lengkap dengan prasarana serba moden dan eksklusif, sesuai untuk istirehat bersama keluarga, dan untuk tujuan seminar. Ini kerana prasarananya yang lengkap.

 

 Antara kemudahan yang disediakan ialah :-

- 13 unit Chalet Eksklusif (Floating Chalet
- 9 single storey apartment (2 bilik setiap satu) 
- Restoran (boleh menempatkan 200-300 orang dalam satu masa) 
- Dewan Seminar 
- BHC D'Muara untuk makan tengahari dan malam 
- Dataran' Muara (bagi aktiviti Hari Keluarga)

 

Pakej yang ditawarkan juga pelbagai di mana ia menyediakan pakej seminar, pelajar dan juga untuk memancing di kawasan tukun Pasir Panjang. Selain itu, ia juga menyediakan pakej untuk perjalanan bersiar-siar di laut selama 30 minit.

 

 

image

image

 

 

image

 

sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam


Kemaskini pada 2016-11-11 14:39:53 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page