PENGENALAN
Portal Rasmi Pejabat Daerah Sabak Bernam menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access, di mana ia diharap dapat membantu mereka dalam melayari portal ini dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Di samping itu, kemudahan ini disediakan bagi memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 supaya menjadikan portal ini mesra pengguna terhadap keperluan OKU.
Antara kemudahan yang disediakan dalam Portal Rasmi Pejabat Daerah Sabak Bernam :
A) Pengguna cacat penglihatan;
Dapatkan IE Page Reader di sini.
1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakanWindows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
2. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine . Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.
B) Pengguna buta warna;
Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna
disediakan di ruangan atas setiap halaman. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna template portal akan berubah serta-merta.
C) Pengguna warga tua;
Bagi pengguna warga tua, portal kami ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza
Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.
Kemaskini pada 2016-06-20 11:11:45 daripada Administrator