Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Sultan Selangor terima zakat perniagaan RM1.85 juta

BERITA SELANGOR |  image   | 1 Jun  2018

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SEPANG, 1 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menerima pembayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat korporat berjumlah RM1.85 juta.

Mahsa University mendahului senarai pembayaran zakat perniagaan RM1.3 juta yang diserahkan Pengerusi Esekutif Mahsa University, Tan Sri Datuk Dr Mohamed Haniffa Abdullah.

imageSementara RM550,000 zakat perniagaan pula diserahkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), bagi tempoh berakhir 2017.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan itu berlangsung di Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya, petang semalam.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim dan pimpinan Exco Kerajaan Negeri; Dr Shaharuddin Badaruddin, Amiruddin Shari, Dato’ Abdul Rashid Asari dan Dr Siti Mariah Mahmud.

imageDalam perkembangan itu, baginda Sultan turut berkenan menyampaikan bantuan kewangan kepada lebih 400 golongan asnaf, ibu tunggal, saudara baru dan anak yatim sekitar perbandaran Sepang.

Bantuan disalurkan sebagai inisiatif persediaan menyambut bulan Syawal, tidak lama lagi.

 

 

 


Kemaskini pada 2018-06-01 10:48:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page