Q1 | Apakah jenis permohonan baik pulih / penyelenggaraan infrastruktur yang boleh dipohon dari PDTHL? |
Permohonan baik pulih / penyelenggaraan infrastruktur yang boleh dipohon adalah melibatkan: a) jalan kampung b) longkang di kawasan MPKK c) dewan / balairaya di bawah kendalian MPKK d) infra asas tanah perkuburan di kawasan MPKK e) lain2 infra awam dan sosial di kawasan MPKK |
|
Q2 | Sekiranya terdapat aduan berhubung infrastruktur awam di Daerah Hulu Langat, apakah saluran yang ada? |
Sebarang aduan boleh dibuat di saluran berikut: a) emel aduanpdthl@selangor.gov.my b) Penghulu Mukim c) Pengerusi MPKK |
|
Q3 | Berapakah jumlah bilangan Mukim dan MPKK di Daerah Hulu Langat |
a) Mukim Hulu Langat b) Mukim Kajang c) Mukim Semenyih d) Mukim Beranang e) Mukim Cheras f) Mukim Ampang I g) Mukim Ampang II |
|
Q4 | Apakah jenis bantuan yang boleh didapati oleh pengusaha IKS dan para peniaga kecil-kecilan? |
Kerajaan negeri menyediakan Bantuan Blueprint pembasmian Kemiskinan berbentuk peralatan dan mesin bagi pengusaha kecil berpendapatan rendah di mana pengusaha boleh memohon dan mendapatkan borang bantuan di Bahagian Pembangunan, Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat atau Kompleks Penghulu Mukim. |
|
Q5 | Apakah Pejabat Daerah menyediakan bantuan kepada usahawan-usahawan di dalam daerah yang ingin meningkatkan perniagaan. |
Kerajaan negeri menyediakan bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) berbentuk peralatan dan mesin bagi usahawan-usahawan dan boring permohonan bantuan boleh didapati di Bahagian Pembangunan, Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat atau Kompleks Penghulu Mukim | |
Q6 | Apakah jenis bantuan rumah kerajaan prihatin yang disediakan oleh kerajaan negeri? |
Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin merupakan bantuan untuk membantu rakyat Selangor yang kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.
3 bilik 1 tandas keluasan 660 kaki persegi 2 bilik 1 tandas keluasan 60 kaki persegi
Penerima bantuan tidak perlu membayar apa-apa bayaran |
|
Kemaskini pada 2021-09-03 11:06:32 daripada Administrator