Q1 | Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian? |
Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian Rasmi RM50, Carian Persendirian RM30. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. |
|
Q2 | Berapakah masa yang diambil untuk mendaftar perserahan Pindahmilik Tanah? |
24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am). | |
Q3 | Adakah kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh pemilik tanah? |
Boleh, tetapi hendaklah mempunyai alasan / sebab dan bukti yang kukuh. | |
Berapa lama tempoh kaveat persendirian atas tanah berkuatkuasa? |
|
Tempoh kuatkuasa kaveat persendirian atas tanah adalah 6 tahun | |
Q4 | Apakah perbezaan antara HS(D) / Pajakan Negeri / Geran dan HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim? |
HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar dan dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri. HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula ialah hakmilik tanah desa yang dipegang oleh Pentadbir Tanah. |
|
Q5 | Berapakah umur yang layak menerima @ memindahmilik? |
18 tahun ke atas. | |
Q6 | Adakah status "pentadbir" boleh memindahmilik? |
Pemilik berstatus "Pentadbir" tidak boleh memindahmilik melainkan "pentadbir" itu mendapat perintah Pusaka atau perintah mahkamah yang jelas menyatakan boleh memindahmilik. |
|
Q7 | Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang bukan Melayu? |
Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.Sekiranya telah dipindahmilik kepada orang Melayu, maka ianya tidak boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu. |
|
Q8 | Bilakah dokumen yang telah siap didaftarkan boleh dipungut? |
Dokumen perserahan boleh dikutip selepas 24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am). Sekiranya kutipan tidak dibuat dalam tempoh 7 hari selepas itu, maka denda RM100 akan dikenakan pada hari kelapan. |
|
Q9 | Kenapa alamat pada geran Hakmilik Kekal tidak sama dengan bil hasil tanah? |
Kerana sistem yang digunakan di Unit Pendaftaran (geran) dan Unit Hasil (bil hasil tanah) adalah berbeza. Sekiranya berlaku, mohon pemilik untuk membuat semakan dan mengemaskini alamat terkini pada kedua - dua unit berkenaan. |
|
Q10 | Berapa lamakah proses yang diambil untuk penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik kekal? |
Proses keseluruhan mengambil masa antara 1 - 3 bulan bergantung kepada Pelan Akui oleh JUPEM, dan perbezaan keluasan (perbezaan <5% - terus proses, perbezaan > 5% tetapi <20% - kuasa dibawah Pentadbir Tanah, perbezaan > 20% - kuasa Kerajaan Negeri). |
|
Q11 | Kenapa geran HS(D) / Pajakan Negeri / Geran tidak boleh disemak di peringkat daerah? |
Hakmilik tersebut dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri dan sistem di daerah tidak boleh menembusi sistem di Pejabat Tanah Galian Selangor | |
Q12 | Kenapa perlu ada bayaran RM20 yang dikenakan semasa kutipan hakmilik kekal? |
Bayaran RM20 adalah untuk bayaran menyampaikan notis kutipan. | |
Q13 | Berapa lamakah endosan hakmilik strata siap didaftarkan? |
Tempoh endosan Hakmilik Strata adalah selama 3 - 6 bulan. | |
Q14 | Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk setiap perserahan Hakmilik Strata? |
Bayaran yang dikenakan adalah sama dengan Hakmilik Persendirian kecuali bagi pembeli pertama diskaun sebanyak 20% akan diberi. | |
Q15 | Bagaimanakah pembeli / pemilik rumah Hakmilik Strata hendak membuat pembayaran cukai tanah? |
Pembeli / pemilik rumah Hakmilik Strata hendaklah membuat pembayaran cukai tanah kepada pemaju / perbadanan pengurusan. | |
Q16 | Jika pemaju tersebut diisytiharkan bankrup, bagaimanakah pembeli hendak menuntut geran hakmilik strata? |
Jika pemaju diisytiharkan bankrup, pembeli / pemilik boleh merujuk kepada Jabatan Insolvensi. |
Kemaskini pada 2021-09-03 11:01:09 daripada Administrator