PROJEK GERAK IT (KTRAK)
LAPORAN MAKLUM BALAS PROGRAM GERAK IT NEGERI SELANGOR (K-TRAK) – TAHUN 2002 HINGGA 2007
• LATAR BELAKANG
• Projek k-Trak ini diilhamkan sendiri oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun 2002, dan dikembangkan cara pelaksanaannya oleh pentadbiran ini dengan melihat dan menilai projek Bas Multimedia kendalian MIMOS Berhad dan program “Mobile IT Unit For Kindergartenâ€Â di Singapura .
• Objektifnyanya adalah untuk memberikan capaian ICT sama rata di kalangan masyarakat di Negeri Selangor, terutamanya lokasi yang tiada kemudahan Pusat Komuniti IT (PKIT).
• Lokasi pertama program ini dijalankan adalah di Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Kg Sg Air Tawar, Sabak Bernam iaitu pada 07 Oktober 2002 dan lokasi terakhir adalah di Majlis Daerah Kuala Selangor pada 31 Mei 2007 .
• PENCAPAIAN RINGKAS
• Dalam tempoh lima (5) tahun k-trak beroperasi, sebanyak 194 buah kampung atau lokasi telah menerima kunjungan k-trak ini di seluruh pelusuk daerah di Negeri Selangor.
• Daripada keseluruhan lokasi tersebut pula sebanyak 11,126 orang peserta telah dilatih dan diberikan sijil penyertaan mengenai asas komputer, pemprosesan perkataan (MS Word), Hamparan Elektronik (MS Excell), Persembahan (MS Power Point) serta pengenalan kepada internet dan email.
• Jadual 1A dan jadual 2A di Lampiran A menunjukkan perincian dan pecahan lokasi serta bilangan peserta tersebut.
• Fakta menarik yang perlu dijelaskan di sini adalah jika dilihat kepada kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri iaitu RM 2.2875 juta , dibahagikan dengan bilangan peserta yang berjaya di latih iaitu 11,126 orang peserta , ini bermakna Kerajaan Negeri hanya membelanjakan kira-kira RM 205.60 sahaja untuk memberikan latihan ICT kepada seorang peserta . Kos ini adalah lebih murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa bagi memperolehi latihan yang serupa.
LAMPIRAN A
Jadual 1A
Bilangan Lokasi / Kampung |
|
FASA 1 |
|
Oktober 2002 hingga Disember 2003 |
49 |
Januari 2004 hingga Disember 2004 |
47 |
Januari 2005 hingga September 2005 |
34 |
FASA 2 |
|
Januari 2006 hingga Disember 2006 |
48 |
Januari 2007 hingga Mei 2007 |
16 |
JUMLAH |
194 buah lokasi |
Jadual 2A
Tahun Operasi / Fasa |
Bilangan Peserta |
FASA 1 |
|
Oktober 2002 hingga Disember 2003 |
2435 |
Januari 2004 hingga Disember 2004 |
2463 |
Januari 2005 hingga September 2005 |
2237 |
FASA 2 |
|
Januari 2006 hingga Disember 2006 |
2940 |
Januari 2007 hingga Mei 2007 |
1051 |
JUMLAH |
11,126 orang peserta |
Tahun |
Jumlah Lokasi |
Kumpulan Umur |
Jumlah (Peserta) |
||||
4 - 6 Tahun |
7 - 9 Tahun |
10 - 14 Tahun |
15 - 19 Tahun |
20 ke atas |
|||
Pertama |
49 |
974 |
106 |
678 |
322 |
355 |
2435 |
Kedua |
47 |
861 |
298 |
541 |
320 |
443 |
2463 |
Ketiga |
34 |
880 |
357 |
327 |
280 |
393 |
2237 |
Keempat |
48 |
1207 |
304 |
672 |
252 |
505 |
2940 |
Kelima |
16 |
605 |
54 |
85 |
74 |
233 |
1051 |
Jumlah |
194 |
4527 |
1119 |
2303 |
1248 |
1929 |
11126 |
Statistik Keseluruhan Lokasi dan Peserta Program k-Trak Dari Oktober 2002 hingga Mei 2007
Carta Bar Menegak Menunjukkan Jumlah Keseluruhan Peserta Program k-Trak Mengikut Kumpulan Umur
Carta Pai menunjukkan Peratusan Keseluruhan Peserta Program k-Trak Mengikut Kumpulan Umur
Kemaskini pada 2018-01-15 11:24:19 daripada Administrator