HULU SELANGOR - Kegembiraan empat sahabat bermandi-manda bertukar tragedi apabila salah seorang mati lemas di Air Terjun Lata Sungai Kedondong dekat Jalan Batang Kali-Genting Highlandas.

Kira-kira jam 3 petang, mangsa, Muhammad Akmal Jamal, 26, dipercayai tergelincir ke lubuk berkenaan dan hilang dari pandangan sebelum rakan lain membuat panggilan kecemasan bagi meminta bantuan.

 

 

 
 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu (KKB), Penguasa Bomba Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.38 petang.

"Mayat mangsa dijumpai di dasar lubuk air terjun pada kedalaman tiga meter pada jam 6.10 petang dan diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Empat sahabat dari Subang itu tiba di lokasi air terjun tersebut pada jam 2 petang untuk berkelah sempena cuti hujung minggu.