Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Menduduki Sementara

 

 

Pemohon Tanah Kerajaan Secara Lesen Menduduki Sementara

APA ITU LESEN MENDUDUKI SEMENTARA?
Lesen yang dikeluarkan kepada individu, syarikat @ perbadanan 
bagi menduduki tanah kerajaan untuk tempoh yang berakhir pada setiap tahun.




APAKAH JENIS TANAH YANG BOLEH DIPOHON?

Semua tanah Kerajaan di dalam Negeri Selangor, kecuali :
a. Tanah Milik
b. Tanah Rizab
c. Tanah Lombong
d. Tanah Simpan



SIAPA LAYAK MEMOHON?

a.
   Warganegara Malaysia selain remaja.
b.   Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah 
     perlembagaan masing-masing   
      untuk memegang tanah.
c.   Raja-raja pemerintah, Kerajaan, organisasi dan lain-lain orang 
     yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan 
     Diplomatik dan Konsular 1957.
d.  Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata memegang tanah 
    di bawah Undang-undang bertulis masing-masing.



BERAPA BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN?

1.   Beli 1 keping pelan. 
     Kurang dari 5 hektar (12 ekar).
     RM 20.00 (1 salinan).
     Lebih dari 5 hektar (12 ekar).
     RM 50.00 (1 salinan).

2.   Borang permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
      Pendaftaran pertanian/bangunan/pelbagai
      RM 10.00.

Catatan : Pemohon perlu memastikan di mana tanah Kerajaan Yang masih kosong sebelum membeli pelan lokasi di Unit Pelan. 




BAGAIMANA CARA MEMOHON?

Dipohon kepada Pentadbir Tanah Daerah di mana tanah itu terletak.



APAKAH PERSEDIAAN BAGI PERMOHONAN?
Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon sebelum 
membuat permohonan ialah :


a.  2 salinan Borang Permohonan yang boleh didapati di 
    Unit Pelupusan, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor.
b.  5 salinan pelan yang diperakui.
c.  1 salinan kad pengenalan.




BAGAIMANA PROSES PERMOHONAN TERSEBUT?

1.
  Permohonan yang diterima dan lengkap akan didaftarkan 
    dalam buku daftar dan buku fail. Bayaran pendaftaran sebanyak 
    RM 10.00 akan dikenakan.

2.  Fail akan dikemukakan kepada :
      a. Juruteris
           -  Untuk Charting no. fail di syit piawaian dan penyediaan laporan.
      b.  Jabatan Teknikal
            i.  Jabatan Perancang Bandar & Desa
            ii.  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
            iii. Jabatan Kerja Raya
            iv. Jabatan Pengairan dan Saliran
            v.  Jabatan Pertanian
            vi.  Dan lain-lain jabatan mana-mana yang berkaitan.

     c.   Pegawai Petempatan
            -  Siasatan tapak dan laporan.




SIAPAKAH YANG MELULUSKAN?

1) Pentadbir Tanah Hulu Selangor bagi tanah-tanah untuk
    tujuan pertanian tidak melebihi 3 ekar.

2) Menteri Besar Selangor bagi tanah-tanah untuk tujuan 
    pertanian yang melebihi 3 ekar.

 

 

 


Kemaskini pada 2016-08-15 11:39:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page