PANDUAN PERMOHONAN TUKAR ALAMAT SALINAN SAH (SURATCARA)
TUKAR ALAMAT
DEFINISI
· Satu permohonan pertukaran alamat lama kepada alamat terbaru untuk memudahkan urusniaga.
Kelayakan Pemohon
· Sesiapa warga Negara Malaysia atau mana-mana badan yang memajak tanah setelah tamat tempoh perjanjian [ajakan tersebut.
Kaedah Permohonan
· Borang 26A Sek. 379 KTN & DHKK
· Bayaran RM 10.00
Pendaftaran
· Permohonan dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar di mana hak milik tersebut dikeluarkan.
PERINTAH LARANGAN
DEFINISI
· Satu perintah yang dibuat oleh mana-mana mahkamah bagi melarang sesorang penghutang daripada melakukan urusniaga terhadap tanah yang dimilikinya atau kepentingan pada tanah tersebut mengikut Seksyen 334 KTN.
TEMPOH KUAT KUASA
· Enam (6) bulan atau suatu tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah.
Kaedah permohonan
· Setelah didaftarkan perakuan jualan yang dikeluarkan oleh pihak berikut:-
Perintah Mahkamah - Borang F
Perakuan Jual oleh Pentadbir Tanah - Borang 16l
Bayaran Permohonan - RM 50.00
SALINAN SAH DOKUMEN (SURATCARA)
DEFINISI
· Mengeluarkan salinan dokumen (suratcara) urusniaga yang diperakui dengan ditandatangani dan disahkan oleh Pendaftar.
Kelayakan Pemohon
· Sesiapa Warga Negara Malaysia, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.
Kaedah permohonan
· Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut Seksyen 383 KTN.
· Bayaran permohonan salinan sah dokumen RM 40.00
Pendaftaran
· Permohonan dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar di mana hakmilik / dokumen tersebut dikeluarkan.
Kemaskini pada 2016-08-15 14:56:33 daripada Administrator